CEK yang tersebar di Media Sosial

Kalau lah ianya betul memang PAS sudah tiada gunanya lagi... Lebih baik BUBAR TERUS DARI MENJADI MAKANAN KAFIR HARBI... 

Tindakan Pemuda PAS P.Pinang yang sebelum ini lantang mengkritik dan mengisytiharkan membekukan jenteranya dalam PRK Permatang Pauh akhirnya bertukar nada apabila hari ini telah membuat pusingan U apabila menarik balik tindakan tersebut.
Melalui ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah dalam satu sidang media pagi tadi berkata bahawa pihaknya mentaati amanat Pas Pusat dalam perkara ini dimana gabungan itu harus bersama berganding bahu membantu calon PKR, Datin Seri Wan Azizah disini.
"Selepas satu mesyuarat Pemuda PAS negeri malam tadi, yang turut dihadiri timbalan ketua Pemuda PAS Pusat Khairil Nizam Khirudin, kami sebulat suara memutuskan mengikut arahan PAS Pusat bagi membantu dalam PRK ini." ujar beliau.
Melihat kepada tindakan Pemuda PAS P.Pinang itu, rata-rata penyokong tegar PAS khususnya di sekitar Permatang Pauh jelas terkejut kerana ketegasan yang ditunjukkan sebelum ini jelas hilang sama sekali dan menimbulkan seribu persoalan kepada mereka.
Ketika pelbagai andaian dibuat sama ada di kem BN mahupun PAS sendiri, penggiat media sosial dikejutkan pula dengan satu pendedahan berani oleh satu akaun Facebook apabila dilihat memberi andaian bahawa tindakan tersebut ada kaitan dengan pemberian imbuhan wang.
Printscreen status tersebut kini mula tersebar secara meluas dikalangan penduduk Permatang Pauh. Bagaimanapun pihak kami gagal untuk mendapatkan ulasan dari pihak Pemuda PAS P.Pinang di atas penyebaran gambar tersebut kerana pihak mereka enggan ditemubual buat masa ini.
Bagi penduduk di Permatang Pasir pula, mereka melihat perkara ini adalah satu perkara yang ada sesuatu yang tidak kena kerana mereka percaya bahawa tindakan PAS P.Pinang yang dilihat kerap membuat pusingan u dalam beberapa perkara di PRK ini jelas mempunyai kaitan dengan khabar angin yang tersebar ini.
Bagi kem PKR ,tindakan Pemuda PAS P.Pinang ini telah disambut baik oleh mereka dan perjuangan penolakan Hudud sebelum ini kini sudah tidak berbangkit lagi disini dan pemimpin-pemimpin PKR kini menyeru penyokong PAS bersama mereka untuk memenangkan Wan Azizah.
Merujuk kembali kepada sidang media Pemuda PAS itu, Yusni dilihat cuba menenangkan penyokong PAS yang hadir apabila menunjukkan ketegasan apabila menegaskan pihaknya tetap meminta Angkatan Muda Keadilan memohon maaf susulun kritikan kepada Presiden mereka berkenaan Hudud sebelum ini.
"Kami masih menggesa Pemuda PKR negeri meminta maaf. Ini bukan pusingan-U. Pada waktu ini, kami melihat kepada kepentingan kempen dan keperluan mempertahankan kerusi Permatang Pauh bagi memastikan ia kekal milik PR. Parti yang bertanding ialah sekutu kita dalam PR" tambah beliau lagi.
Setelah pengumuman yang dibuat ini, ramai pihak kini menantikan sama ada akar umbi PAS disini akan bersama membantu jentera PKR dalam PRK kali ini kerana desas-desus bertiup kencang bahawa isu Hudud jelas mengecewakan penyokong PAS dan hal tersebut telah dibuktikan apabila kempen dan ceramah yang memasuki hari kelima hari ini jelas tidak mendapat sokongan dari mereka.-UtaraNews.

No comments

Powered by Blogger.