Helikopter Terhempas Di Semenyih

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini, petang ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.

"Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.