Daulat Tuanku : Mohon Sembah PENDERHAKA

SUDU SELORI, KUAH SEMANGKUK

Pembinaan masjid atau surau di Terengganu perlu mendapat kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Perkara itu dititahkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum ini.

Peraturan itu termaktub di bawah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 2001 yang diluluskan pada zaman pemerintahan PAS di Terengganu antara tahun 1999 hingga 2004.

Pemimpin PAS seperti ADUN Paka, Satiful Bahri Mamat dan ADUN Teluk Pasu, Ridzuan Hashim perlu mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum menuduh Kerajaan Terengganu sebagai zalim dan anti Islam.

PAS buat undang-undang, PAS sendiri tidak mahu ikut! Pemimpin PAS perlu akur titah Sultan Terengganu atau memilih untuk menjadi penderhaka?

Keputusan Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu merobohkan sebuah surau yang masih dalam pembinaan di Kawasan Perindustrian Gong Badak dipersetujui sendiri oleh pemiliknya, Mohd Maliki Endut.

Malah, kerja-kerja itu turut dilakukan sendiri oleh kakitangan Maliki, yang juga pemilik Gabungan Pemborong Quarry Sdn. Bhd.

Pemilik sudah mengakui kesilapan itu, yang pemimpin PAS 'lebih sudu dari kuah' ini kenapa?

Berikut merupakan kronologi kes ini :

Disember 2013 : Maliki membina sebuah surau di sebuah simpang di Kawasan Industri Gong Badak.

15 Disember 2013 : Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu mengeluar notis pemberitahuan bahawa surau itu dibina di atas rizab jalan secara tidak sah.

10 Januari 2014 : Maliki menulis surat kepada Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu memohon untuk membina sebuah surau di atas tanah milik syarikatnya, Gabungan Pemborong Quarry Sdn. Bhd. di lot 14066.

Surau mula dibina pada Disember 2013 tetapi permohonan dibuat pada Januari 2014.

Walaupun notis pemberitahuan telah dikeluarkan pada 15 Disember 2013, pihak Malik tetap meneruskan pembinaannya sehingga 2015.

Permohonan dibuat untuk membina surau di atas lot 14066 milik Maliki, tetapi pembinaanya dibuat di atas rizab jalan milik kerajaan. Mohon tempat lain, bina tempat lain!

14 April 2015 : Penguatkuasaan dijalankan oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu. Maliki akhirnya akur dan bersetuju untuk mengosongkan tanah rizab jalan tersebut.

Perkara ini berjaya diselesaikan dengan cara baik dan aman. PAS cuba menimbulkan kekocohan dan fitnah di media sosial dengan membuat tuduhan bahawa Kerajaan Terengganu, UMNO dan BN sebagai zalim dan kejam.

Masihkah kau ingat, Madrasah Solihin yang yang berusia 100 tahun dirobohkan oleh Kerajaan Kedah semasa era pemerintahan PAS bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah pasaraya besar?

Tanah Surau Al-Islah di Kajang, Selangor telah diwartawan sebagai rizab sungai milik JPS oleh Kerajaan Selangor pada 5 Februari 2015. Bagaimana nasib surau yang berusia 15 tahun itu selepas ini? Memandangkan perkara ini berlaku di bawah pentadbiran PAS, tiada kezaliman dan kekejaman berlaku.

| SEBARKAN |
| SUMBER terengganudaily.com |

No comments

Powered by Blogger.