Sukarelawan Khas Pantau Harga Barang

Ahmad Razif berucap di Majlis Pelancaran TTb Brotherhood di kediaman rasmi Menteri Besar Seri iman Kuala Terengganu malam tadi.
Ahmad Razif berucap di Majlis Pelancaran TTB Brotherhood di kediaman rasmi Menteri Besar Seri iman Kuala Terengganu malam tadi.
GST: Skuad Khas salur maklumat peniaga naikkan harga – MB

Melihat gejala peniaga tamak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang membuta tuli sejak pelaksanaan Cukai barang dan perkhidmatan (GST) mendorong kerajaan negeri Terengganu menubuhkan Skuad Khas bagi memantau tindakan peniaga berkenaan seterusnya melaporkan kepada pihak berkuasa.

Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasukan ini yang diinspirasi daripada Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) akan bertindak sebagai mata dan telinga kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK) untuk memantau gelagat peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan sesuka hati.

“Kita akan tubuhkan Skuad Khas bagi memantau tindakan peniaga menaikkan harga barang yang tidak mengikut peraturan dan bertindak melaporkan kepada kerajaan untuk diambil tindakan tegas”.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran TTb Brotherhood di kediaman Menteri Besar Seri Iman Kuala Terengganu malam tadi.
Dato' Ahmad Razif dan Dato' Wan Hisham menunjukkan tanda bagus sebagai gimik Program Pelancaran TTB Brotherhood malam tadi.
Dato’ Ahmad Razif dan Dato’ Wan Hisham menunjukkan tanda bagus sebagai gimik Program Pelancaran TTB Brotherhood malam tadi.
Penubuhan Skuad Khas ini juga akan bertindak membantu kerajaan memberi maklumat yang tepat dan menyeluruh mengenai GST kepada orang ramai. Ini akan memberi penjelasan penuh berkenaan barang dan perkhimatan sama ada dikenakan GST atau tidak.

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah dilaksanakan oleh kerajaan yang berkuat kuasa 1 April lalu
- See more at: http://terengganutimes.com/gst-skuad-khas-salur-maklumat-peniaga-naikkan-harga-mb#sthash.XVgzjog2.dpuf

No comments

Powered by Blogger.