Banggol Donas !!! Pengakuan Salleh dan Siapa Penyebabnya - Oh... Kotor nya Perjuangan Mu

Pandangan dar Setelit, 3 buah rumah sahaja lagi yang menyebabkan
Jalan ini tidak siap sejak 6 tahun lalu.

Banggol Donas : Salleh Embong Minta Tempoh Empat Bulan Untuk Pindah

SIRI PERTAMA – Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas, Salleh Embong meminta tempoh selama empat bulan daripada kerajaan untuk beliau dan empat lagi yang lain berpindah.

Pengosongan tanah itu sedia dilakukan bagi memberi laluan kepada pembinaan jalan raya empat lorong yang menghubungkan pusat bandar Kuala Terengganu ke Bukit Guntung dan Lebuh Raya Pantai Timur di Gemuruh.

Salleh berkata, notis arahan supaya mengosongkan binaan rumah yang bertarikh 7 April 2015 tidak boleh dikuatkuasakan sehingga kes tersebut perlu diselesaikan di Mahkamah Persekutuan.

Jika pihaknya kalah dalam usaha tersebut, Salleh menuntut kerajaan negeri menyelesaikan perundingan pampasan dan memberi tempoh pengosongan selama empat bulan.

“Kalau kita kalah juga, maknanya kita tak dok doh (sudah habis usaha). Kemudian, notis penggantungan ini kita minta supaya diberi peluang 4 bulan selepas pampasan dibayar,” katanya pada 9 April 2015 di rumahnya di Banggol Donas, lapor portal berita milik PAS Terengganu, buletinonline.

Bagi menjayakan projek itu, sebanyak 184 lot terlibat dengan proses pengambilan balik tanah mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 dibuat oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu.

Daripada 184 lot, hanya satu lot iaitu lot 4121 tidak dapat diselesaikan. Lot itu dahulunya dimiliki oleh Abdul Halim bin Mohd, Zulaidi bin Puteh, Mohd bin Endut, Md Sufian bin Mohd dan Hasnah binti Othman (isteri Salleh Embong).

Abdul Halim dan empat yang lain telah memfailkan bantahan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 14 Oktober 2013 bagi menghalang kerajaan membuat proses pengambilan balik tanah tersebut. Pada 16 Jun 2014, Mahkamah Tinggi menolak permohanan itu.

Perkara itu dibawa ke peringkat Mahkamah Rayuan dan pada 11 Mac 2015, permohonan Abdul Halim dan empat yang lain ditolak dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Walaupun dua kali kalah di mahkamah, kerajaan negeri masih dituduh tidak mengikut peraturan, zalim, dan kejam kepada penduduk.

Sebanyak 103 binaan termasuk rumah kediaman telah dikosongkan. Hanya 5 binaan masih belum dikosongkan termasuk rumah kediaman milik Salleh Embong.

Namun, Salleh memilih untuk menjadikan perkara ini sebagai propaganda politik ‘ayam kampung’ bersama pemimpin PAS.

Soalan untuk Salleh Embong dan PAS Kawasan Kuala Nerus.

(1) Sebanyak 184 lot tanah terlibat dengan proses pengambilan balik, 183 lot telah selesai dan hanya 1 lot tidak selesai. Dimana zalimnya kerajaan? Hanya kerana 1 lot, projek untuk kemudahan rakyat terbengkalai, kos pembinaan meningkat dan berlaku pembaziran.

(2) Sebanyak 103 binaan telah dikosongkan dan semua pemilik menerima pampasan dan hanya 5 binaan (rumah kediaman) belum dikosongkan. Dimana kejamnya kerajaan? Siapa yang mahu mewakili 103 pemilik binaan yang sanggup merobohkan rumah kediaman dan premis perniagaan bagi memberi laluan kepada projek yang akan menguntungkan rakyat jelata.

(3) Kenapa ADUN PAS Tepuh dan ADUN PAS Teluk Pasu tidak tanya penyokong-penyokong PAS (jangan tanya penyokong UMNO) yang terlibat dalam pengambilan 183 lot yang telah selesai dan 103 binaan yang telah dikosongkan, berapa pampasan mereka dapat? Pemimpin PAS Kuala Nerus begitu sibuk memperjuangkan pampasan tanah Salleh Embong sedangkan penyokong PAS yang lain bagaimana?

Yang pasti, pemimpin PAS dapat keuntungan politik. Dapat jadi ‘pejuang rakyat’ dan dapat masuk Sinar Harian, Harakah dan facebook sekali gus menggalkan usaha kerajaan memberi kemudahan kepada rakyat.

Projek itu antara lain bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di dua jalan utama yang melibatkan Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir.

Ia turut melibatkan pembinaan dua buah jambatan baru yang merentasi Sungai Terengganu di Pulau Sekati dan Sungai Nerus di Kampung Jeram.

Selain memberi keselesaan kepada rakyat, jalan itu bakal menghubungkan kawasan baru seperti Kompleks Usahawan Terengganu, Projek Rumah Mampu Milik Banggol Tuan Muda dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram.

Banyak perkara yang belum diketahui umum, apa sebenarnya agenda Salleh Embong. Salleh adalah bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Yang benar-benar tahu latar belakang beliau bukan PAS, tetapi UMNO. Ia terlalu peribadi, jika didedahkan oleh Terengganu Daily, boleh menjatuhkan maruah Salleh dan keluarganya.

Bersambung....
http://terengganudaily.com/banggol-donas-salleh-embong-minta-tempoh-empat-bulan-untuk-pindah

| SEBARKAN |

No comments

Powered by Blogger.