ZALIM NYA KERAJAAN TERENGGANU - ROBOH SURAU LAMA IKHLAS
Notis@ Surat yang di keluarkan pada Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu 15/12/2013 |
Tindakan meroboh dijalankan seperti yang diperuntukkan di bawah Sek.425 Kanun Tanah Negara.
Semasa operasi meroboh sedang dijalankan satu perbincangan ringkas telah diadakan di antara Pegawai Penguatkuasa Tanah Daerah Kuala Terengganu Puan Fardiyana binti Hashim dengan Pemilik Surau, Maliki bin Endut.
Persetujuan telah dicapai di mana pihak penguasa hanya meroboh struktur dinding surau sahaja dan pemilik surau akan meroboh sendiri atap, lantai dan struktur tiang utama bangunan surau tersebut serta telah dipersetujui bersama dan tempoh selama 1 minggu dari sekarang untuk pemilik merobohkannya.
Jika selepas 1 minggu pemilik gagal merobohkan atau mengalihkan pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan tindakan yang sewajarnya tanpa memberikan notis.
KRONOLOGI : ISU SURAU DI KAWASAN PERINDUSTRIAN GONG BADAK
Disember 2013 : Sebuah surau mula dibina oleh Mohd Maliki bin Endut di sebuah simpang di Kawasan Industri Gong Badak.
15 Disember 2013 : Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu mengeluar notis pemberitahuan bahawa surau itu dibina di atas rizab jalan secara tidak sah.
10 Januari 2014 : Mohd Maliki menulis surat kepada Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu memohon untuk membina sebuah surau di atas tanah milik syarikatnya, Gabungan Pemborong Quarry Sdn. Bhd. di lot 14066.
■ Surau mula dibina pada Disember 2013 tetapi permohonan dibuat pada Januari 2014.
■ Walaupun notis pemberitahuan telah dikeluarkan pada 15 Disember 2013, pihak Mohd Malik tetap meneruskan pembinaannya sehingga 2015.
■ Permohonan dibuat untuk membina surau di atas lot 14066 milik Mohd Maliki, tetapi pembinaanya dibuat di atas rizab jalan milik kerajaan. Mohon tempat lain, bina tempat lain!
14 April 2015 : Penguatkuasaan dijalankan oleh Pejabat Tanah Daerah dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Mohd Maliki mengakui perkara tersebut dan bersetuju untuk mengosongkan tanah rizab jalan tersebut. Surau tersebut masih belum siap sepenuhnya, belum diguna, tiada elektrik dan air.
No comments