Banggol Donas !!! APA Masalah 3 Buah Rumah Itu....

3 buah rumah yang masih berdegil untuk berpindah - Banggol Donas
Pada sebelah pagi tadi, satu himpunan aman telah berlaku dikawasan rumah Haji Salleh Embong yang mana rumah beliau akan dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan diatas perkeliling yang telah dikeluarkan.

Isu ini sudah lama berlarutan dengan pelbagai perspeksi yang telah dimainkan dan di viralkan oleh pihak berkempentingan POLITIK (PAS) serta dicanangnya bahawa KERAJAAN ZALIM.

Setelah penulis turun ke Kampung Banggol Danas hari dan melihat sendiri apa yang berlaku ternyata PAS dengan bala tenteranya sedang membuat himpunan yang kononyan membela beberapa orang yang di ZALIMI oleh Kerajaan Terengganu.

Mengikut sumber penulis lebih kurang 100 buah rumah yang terlibat telah diberi pampasan yang setimpal dengan harga pasaran hartanah  dan hanya tiga buah rumah yang bermasalah untuk menerima pampasan.

APAKAH ADA AGENDA YANG TERSEMBUNYI?????

Himpunan yang dibuat oleh PAS Kawasan Kuala Nerus pagi ini membuat penduduk Kampung Banggol Donas merasa pelikkk... apabila ramai yang hadir bukan dari orang kampung itu.

Menurut seorang penduduk kampung yang mahu dikenali sebagai Pok Loh,60, beliau tidak tahu apa yang berlaku dikampungnya dan pagi ini melihat ramai berpakai hitam berada di kampungnya.

“Sejak awal pagi banyak motor dan kereta masuk ke kampung ini dan pok cik  terfikir apa yang sedang berlaku”

“Apabila pok cik keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku sebenarnya dan ketika itu semua orang menuju kerumah Haji Salleh dan berkumpul disitu”

“Pok Cik tanya saloh seorang pemuda yang mari sini “orang wak nape rama ngat tu?” dan jawap pemuda itu “kerajaan nok rombok rumoh Haji Leh pok eaa.. hari ning…” katanya kepada Pok  Loh.

Menurut Pok Loh, sudah hampir empat tahun penduduk kampong itu terseksa dengan debu yang berterbangan setiap hari oleh kerana kedegilan 3 keluarga itu.
“tiap-tiap hari awing ea debu masuk rumoh… dalam perut dok tahu lagi.. main duk batuk sokmo lening…”

“rumoh hok warna tu (atap merah) lama doh, dok duduk sining… ye ada rumoh doh gong badok nung…”tambahnya lagi.


Rumah-rumah Yang Dibina Lepas Terima Pampasan - Tanah Lot dan PAMPASAN
(Rumah dan Tanah yang diambil Oleh Kerajaan di Banggol Donas digantikan dengan tanah lot)

Rumah-rumah diatas dibina sendiri oleh penerima pampasan yang mana telah ditawarkan tanah-tanah lot untuk mereka. Akan tetapi 3 rumah lagi berdegil tidak mahu menerima PAMPASAN kerajaan.

PERSOALANNYA : Mengapakah??? Kenapakah??? 

Sedangkan kerajaan membuka pintu seluas-luasnya untuk perundingan dengan kerjasama sebaliknya dan mereka memilih jalan gelap dan BUNTU dengan menggunakan POLITIK untuk menghentam KERAJAAN.


Perkhabaran Baik yang diterima dalam masa yang terdekat ini akan di bongkarkan satu persatu punca segala Masalah Perpindahan 3 Serangkai Banggol Donas.

InsyaAllah dalam masa terdekat kita akan keluarkan cerita sebenar dalam  isu ini. Kalau  kerajaan salah, sila bawa kes ini ke mahkamah tapi mahkamah sudah membuat  keputusan yang kerajaan betul.

Kalau tindakan kerajaan ini juga salah dan silakan untuk bawa kes ini sekali lagi ke mahkamah.

Soalnya kita dah mintak berunding dari dulu lagi tapui tuan punya tanah tidak mahu dan membawa kes ini ke mahkamah. Berapa banyak  kerajaan menaggung kerugian sekarang ini kerana kepentingan diri beberapa orang.

Kalau mereka selesaikan isu ini pasti sudah lama orang-orang(rakyat) kawasan Teluk Pasu, Tepoh dan sekitar boleh menggunakan jalan pintas ke ke Bandar Kuala Terengganu.

Berapa  ramai peniaga-peniaga  akan mendapat manfaat apabila jalan ini disiapkan serta berapa ramai yang boleh menggunakan kemudahan  jalan ini.

Untuk ubah laluan kita terpaksa mengeluarkan kos tambahan yang sangat tinggi berbanding penyelesaian  melalui pampasan yang akan dibayar mengikut nilai semasa.

Soalnya kenapa dia tidak mahu menerima pampasan yang ditawarkan sedangkan orang lain semuanya telah setuju dan menerima pampas an itu.

Encik Salleh Embong sendiri yang tahu kenapa dia sahaja yang tidak mahu menerima pampasan tersebut. Ini soal peribadi yang Encik Salleh dan kalau dikeluarkan akan melibatkan maruah dia dan keluarganya.

Kalau begitu, InsyaAllah dalam masa terdekat kerajaan negeri akan buat penjelasan dan terpaksa membuka isu peribadi Encik Salleh Embong.

Jangan salahkan kerajaan kerana kita sebenarnya tidak mahu menceritakan keburukan orang lain sebagaimana pemimpin PAS yang  suka membuat fitnah dan menipu  rakyat.

Rumah ini telah tidak berpenghuni beberapa tahun lalu tetapi masih lagi tidak mahu menerima PAMPASAN Kerajaan

P/S : Selama ini kita berdiam diri kerana ingin menyelamatkan maruah dia. Jika dia menggunakan kuasa-kuasa lain untuk masuk campur dan kuasa-kuasa itu pula "lurus bendul" dan "bodoh sombong" tak mahu ambil tahu perkara sebenar, minggu hadapan mereka akan dapat jawapan sebenarlah. Pas akan melopong lagi. Kesian pada Pas sebenarnya. Bagai ANJING MENYALAK BUKIT!

4 comments:

  1. Ambe dok tahu mana kes rumah dok pindah lagi...tapi jangan gok pelawok sgt gok jamilah...kata kerana 3 buah ni..kalu tidak lama dh org boleh guna..tgok gok molek..jambatn dr telok pasu ke pulau sekati dh siap ke..jmbtan ke losong siap molek dh ke...jln dari kbg jela ke tlok pasu siap dh ke..janganlah pelawok..awak tulis ni satu dunia boleh baca..awak pelawok ke ramai org..sori komen ni

    ReplyDelete
  2. Sekurang2nya separuh boleh guna tuan...

    ReplyDelete
  3. Tulis ar prabih....bo bo tanye sorang...orang lain tahu blaker....dedoh ar blaker...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.