Kenyataan reaksi oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu
Kenyataan reaksi oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu berhubung kenyataan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak malam tadi
1. Penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi dianggap berjaya menjawab pelbagai isu yang dikemukakan.
2. Ini termasuk dengan kritikan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta isu Altantuya Shaaribuu dan 1MDB.
3. Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, kita sebagai rakyat Malaysia perlu memberi sedikit masa kepada Datuk Seri Najib untuk memperbetulkan keadaan kerana beliau mengambil alih kepimpinan yang dianggap sedikit tidak stabil.
4. Saya bersetuju dengan kenyataan perdana menteri yang mengatakan bahawa kerajaan sentiasa memikirkan tentang keadaan rakyat kerana kita sedar bahawa rakyat yang akan menentukan masa depan kerajaan masa kini dan sudah pasti kita tidak akan mengkhianati undi yang diberikan oleh rakyat kepada kami sewaktu PRU-13.
5. Kita perlu mengelakkan "bangau oh bangau" dengan menuduh sesama sendiri tetapi kita perlu bersatu padu dan bekerjasama di dalam satu pasukan bagi memastikan kebajikan rakyat terbela. Sekiranya pihak atasan sendiri tidak sebulu dan bergaduh sesama sendiri, maka dengan ini rakyat kita juga yang akan rugi.
YAB Dato' Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu merangkap Menteri Besar Terengganu
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu merangkap Menteri Besar Terengganu
No comments