Terengganu Kutip 3 Mata

Pertembungan dua pasukan Pantai Timur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu menyaksikan pasukan Terengganu menang tipis 2-1 ke atas Kelantan.

Pemain tengah, Ismail Faruqi meletakkan skuad 'Penyu' di hadapan pada minit ke-50 sebelum kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi menyamakan kedudukan pada minit ke-76.

Bekas pemain T-Team, Mohamed Shahrin Sapien memastikan kutipan tiga mata untuk Terengganu menerusi jaringan kemenangan, selang dua minit kemudian.

Manakala Perak melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas Felda United FC (FUFC) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, malam ini.

Kemenangan tersebut membolehkan Perak berkongsi 11 mata bersama empat pasukan lain iaitu Selangor, Johor Darul Ta'zim (JDT), FUFC dan Terengganu namun berada di kedudukan kedua liga berdasarkan perbezaan jaringan.

Pasukan kelab, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendahului carta liga dengan kutipan 12 mata susulan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak di Stadium Shah Alam, semalam.

Penyerang import dari Brazil, Charles Chad Souza muncul wira pasukan Perak selepas meledak jaringan hatrik pada minit kelima, 51' dan 90' selain gol Namkung Woong pada minit ke-82 manakala gol saguhati FUFC disumbang oleh pemain import dari Liberia, Edward Junior Wilson pada minit ke-48.

Di Stadium Shah Alam, Selangor menang tipis 3-2 ke atas Sime Darby FC.

Gol skuad 'Gergasi Merah' dijaringkan oleh Andik Vermansah pada minit ke-54, Ahmad Hazwan Bakri (65') dan Robert Cornthwaite pada minit ke-78.

Dua jaringan pasukan pelawat dihasilkan oleh pemain import iaitu Nemanja Vidakovic pada minit ke-69 dan Dilshod Sharofetdinov pada masa kecederaan.

JDT pula dipaksa berhempas pulas sebelum menundukkan pasukan bawahan liga, ATM menerusi kemenangan 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Pemain import dari Honduras, Jerry Palacios meletakkan ATM di hadapan pada minit ke-22 sebelum JDT bangkit dengan jaringan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-31 dan kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-57.

Turut meraih tiga mata berharga adalah pasukan Pahang yang menang tipis 3-2 ke atas wakil Singapura, Lions XII di Stadium Darul Makmur, Kuantan.


Tiga gol skuad 'Tok Gajah' dijaringkan oleh Matias Conti pada minit ke-36, R.Gopinathan (65') dan Azidan Sarudin pada minit ke-76 manakala dua gol pasukan pelawat dihasilkan oleh Muhammad Faris Ramli pada minit ke-15 dan Khairul Nizam pada masa kecederaan.

No comments

Powered by Blogger.