SIRI 1 ::: Mesteri Lebuh Raya Pantai Timur 2 di Bongkar

Siri kemalangan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) makin hari makin meningkat jumlah dan statistic kemalangan yang berlaku.

Semenjak ianya dibuka pada setahun lalu, telah banyak meragut nyawa pengguna lebuh raya itu dan ada yang menyatakan jalannya beralun, ada juga yang menyatakan jalan itu dihuni oleh penunggu kerana semasa membuat jalan itu ia telah merosakkan kediaman penghuninya.

Kes terbaru hari ini Seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut manakala ibunya cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Kilometer 357.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Bukit Besi, 2.30 petang tadi.

Dalam kejadian itu, Adam Rizqi Zul Azlan dari Taman Medan Jaya Petaling Jaya, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ibunya, Siti Hajar Md Aziz, 28, pula yang cedera parah di kepala dan muka, dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Suaminya, Zul Azlan Yaakub, 30, dan seorang lagi anak mereka, Nurhadamia, 2, turut cedera dan dirawat di Hospital Dungun.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Alza mereka naiki dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu, dipercayai terbabas dan terbalik beberapa kali sebelum merempuh pembahagi jalan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Sebenarnya kita sebagai makluk Allah SWT yang hidup dimuka bumi ini berkongsi dengan makluknya yang lain dan seharusnya kita mempercayai akan kewujudan maklu halus yang mana telah dinyatakan dalam AL-QURAN dan Hadis…

Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:

“AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”

Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:Klik SUMBER

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

 Wallahuakhlam….

bersambung siri 2...

No comments

Powered by Blogger.