Syarat-Syarat PEMOHONAN Bantuan Hari Raya (iDanaTTB) 2016 Kerajaan Negeri Terengganu
MAKLUMAT
RINGKAS TENTANG PEMOHONAN BANTUAN RAYA 2016 KERAJAAN NEGERI TERENGGANU -iDanaTTB
TARIKH PEMOHONAN DIBUKA : 8 MEI 2016
TARIKH PEMOHONAN DITUTUP : 21 MEI 2016
Permohonan secara online ini dibuka
kepada pemohon-pemohon berikut :-
1.
Pemohon
yang TIDAK PERNAH memohon bagi dana ini.
2.
Pemohon
yang GAGAL sahaja pada permohonan tahun 2015 & yang LAYAK perlu membuat
semakan serta PRINT(Cetak) borong berkenaan.
3.
Pemohon
yang BERTUKAR KATEGORI.
·
(Contoh
: Pemohon Bakti Remaja yang layak 2015 telah berkahwin yang ingin memohon Dana
Perayaan,
·
Isteri
kematian suami dimana suami adalah
pemohon layak 2015, Pemohon layak 2015
·
kategori
Ibu Tunggal/Duda yang telah berkahwin,
·
Pemohon
yang telah mencapai usia 65 tahun bagi permohonan Warga Usia Emas dan
lain-lain).
4.
Bagi
pemohon yang telah layak pada tahun 2015, TIDAK PERLU memohon KECUALI bagi
mereka yang terlibat sebagaimana perkara 3 di atas.
5.
Pemohon
yang terlibat dengan perkara 3(Tukar Kategori), perlu menghubungi Pejabat
Daerah atau Penyelaras DUN untuk membatalkan permohonan bagi kategori terdahulu
(2015). Setelah permohonan berjaya
dibatalkan, pemohon hendaklah memohon semula secara online.
6.
Pastikan
jika selesai memohon secara online, pemohon diwajibkan cetak borang permohonan
dan serahkan kepada Pengerusi JKKK sebelum 21 Mei 2016 bagi tujuan pengesahan
dokumen.
7.
Sila
bawa salinan dokumen sebagaimana yang dinyatakan di dalam cetakan borang
permohonan.
8.
Bagi
pemohon layak 2015, digalakkan membuat semakan melalui online dan CETAk BORANG
Berkenaan untuk pengesahan JKKK.
9.
Sila
baca Syarat Kelayakan yang terdapat borang permohonan online sebelum memohon.
10. Kegagalan
mengikuti syarat kelayakan boleh menyebabkan permohonan DITOLAK.
No comments