Fiesta Orang Muda Hulu Dapat Sambutan

Gimik Pelancaran Oleh Yang Berbahagia Dato Suhaimi Bin Sulong Pegawai Khas Kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia

Fiesta Orang Muda Hulu 2015 yang berlangsung selama hampir sebulan bermula pada 10 April 2015 dan berakhir pada 4 Mei 2015 yang berlangsung di Kuala Berang Waterfront, Hulu Terengganu.

Majlis pelancaran Fiesta Orang Muda Hulu (15 April 2015) itu dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Suhaimi Bin Sulong Pegawai Khas Kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Dalam program ini seramai 1500 orang muda daripada seluruh Parlimen Hulu Terengganu berkumpul dan menjayakan pelancaran ini serta pelbagai program yang menarik diadakan sepanjang Fiesta ini berlangsung.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu merangkap Ketua Pemuda UMNO Hulu Terengganu Mohd Johari Abu Bakar pelbagai acara dan program-program yang menarik yang disediakan oleh pihak penganjur.

“Antara program yang disediakan seperti Pelancaran Skuad Bermotor Pemuda, Bikes Week, Sukan Air, XCC Mountain Bike, Kayuhan Amal, Bolasepak Pasir, Dam Aji Dalam Taman, Karnival Kerjaya & Pendidikan, Motocross Pemuda 2015, Car Autoshow, Pertandingan Audio Kereta, Kereta Cantik, Karaoke, Dàftar Keahlian UMNO & Pemilih, Ceramah Agama, Jumbo Fun Park dan pelbagai gerai-gerai jualan”

“Fiesta Orang Muda ini adalah permulaan bagi negeri Terengganu dan akan diteruskan ke parlimen-parlimen lain seluruh Negeri Terengganu serta lokasi pilihan yang kedua akan diadakan di Kuala Terengganu” katanya.

“Bagi pihak Pemuda UMNO Hulu Terengganu kita akan mendaftarkan semua peserta motosikal malam ini sebagai sebuah Kelab Motor Hulu Terengganu” tambahnya lagi.


Turut sama menjayakan Pelancaran ini YBM Dato' Tg. Putera Tg. Awang, Abdullah Abd Rahman  (Pegawai Khas Adun Ajil), Ketua Polis Hulu Terengganu, Pegawai Belia & Sukan, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Terengganu dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu.






No comments

Powered by Blogger.