Prinsip Pertama TTB : Inklusif - Suara Rakyat Pemangkin Pembangunan Negeri



Pertama ialah Prinsip Inklusif yang bermaksud meraikan suara rakyat sebagai input pembangunan negeri Terengganu. 

Setiap program pembangunan seharusnya mengikut apa yang rakyat mahu, bukan apa yang kita(kerajaan) hendak.

Pembangunan yang melibat keseluruhan rakyat itu adalah satu pembangunan yang amat-amat baik dan berjaya.

Untuk merealisasikan hasrat itu, Kerajaan Terengganu telah memperkenalkan dan  menggerakkan Majlis-Majlis Perundingan Rakyat (MPR) di seluruh daerah. 

MPR telah diwujudkan di setiap daerah dan akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah  yang berkenaan dan keanggotaan merangkumi segenap kelompok dalam masyarakat setempat.

Kerajaan hari ini juga menjemput semua Yang Berhormat dari parti pembangkang (PAS) untuk sama berada dalam Majlis Perundingan (MPR) ini bagi menjayakan hasrat pembangunan yang menyeluruh untuk rakyat keseluruhannya.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman hari ini juga menjadi contoh tauladan dalam  mendengar suara rakyat.

Setiap kalinya Yab Menteri Besar turun melawat kawasan-kawasan perniagaan dan juga bersama-sama rakyat, ditangan beliau sentiasa ada satu batang pen dan sebuah buku nota bagi tujuan mencatit apa sahaja yang diluahkan oleh rakyat kepadanya.

Pen dan Buku adalah sebagai sumber rujukan selepas bertemu dengan rakyat dimana kadang kala otak manusia ini tidak dapat mengiganti semua perkara.

Kita sebagai manusia dan hamba Allah SWT yang lemah dan serba kekurangan ini dan ingat kita juga akan dpenuhi perkara-perkara barus setiap masa serta sebahagiannya akan disimpan didalm memori kita.

“Kecil Bagi Kita, Besar Bagi Rakyat”

No comments

Powered by Blogger.