Jika UMNO Setuju Beri 40 Kerusi Parlimen, PAS Sedia Bergabung
PAS mendesak rakan sekutunya DAP supaya menghentikan serangan bertubi-tubi terhadap parti Islam itu demi kelangsungan Pakatan Rakyat pada masa akan datang.
Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata serangan DAP itu mencetus rasa “meluat” di kalangan akar umbi PAS dan beliau menganggap DAP menolak Pakatan ke ambang pepecahan.
“Jika benar DAP sayangkan Pakatan Rakyat, hentilah menyerang PAS. Lupakanlah dan jauhilah sifat bermusuh, hormatilah perbezaan dan berusahalah untuk mendiamkan diri jika tiada apa yang baik untuk disebut mengenai rakan tahaluf.
“Jika tidak, jangan salahkan PAS seandainya tahaluf dengan DAP ini terungkai kerana ahli PAS akan tetap pertahankan prinsip perjuangan parti lebih-lebih lagi selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz,” katanya.
Beliau mengulas tindakan pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng yang mengeluarkan menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkelakuan seperti “pemimpin Umno” kerana menyerang parti itu.
Abdul Hadi dilapor berkata PAS bersedia memutuskan hubungannya dengan Pakatan ekoran isu kabinet bayangan dan membidas DAP yang bertindak angkuh dan menganggap pelan pembentukan kabinet bayangan sebagai “tidak realistik”.
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata serangan DAP itu akan memberi kesan kepada muktamar PAS dan dilihat memberikan nafas baru kepada BN yang berdepan dengan isu firma pelaburan 1MDB dan isu kenaikan kos sara hidup.
Tuan Ibrahim, yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden, berkata beliau sebelum ini membuat teguran dan memberi peringatan beberapa kali terhadap sikap pimpinan DAP terhadap parti itu.
“Semua pihak melihat Pakatan Rakyat salah satu wadah terbaik bagi menumbangkan BN. Namun, wadah ini perlu memperkasakan ketiga-tiga rakan tahaluf dan bukannya melemahkan mana-mana parti yang menjadi rakan tahaluf.
“Sepakat pada perkara yang dipersetujui bersama dan jangan mencabuli dasar parti rakan tahaluf dalam perkara berbeza. Semua parti perlu kuat bagi mencapai kemenangan dalam PRU akan datang. Serangan sesama sendiri hanya menguntungkan Umno BN,” katannya.
Beliau turut menegaskan usaha PAS untuk bergabung denga Umno adalah “fitnah”, malah mempersoalkan berapa kerusi yang Umno sanggup beri ke PAS jika gabungan politik itu benar berlaku.
“40 (kerusi)? Hujah ini sahaja sudah cukup untuk mematahkan fitnah ini daripada berterusan,” katanya.
No comments