Cerita Kedai Kopi Razif Anggap Mat Said Abang
Pada Sidung 12 Mei yang lalu Yb Kijal telah membuat beberapa 'pendedahan' yg seakan2 menyerang kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Antara isu2 yg dibangkitkan ialah Terengganu Investment Agency (TIA), isu rumah Yayasan Terengganu di Mesir, projek2 dan lain-lain.
1.0 TIA ditubuhkan atas hasrat Tuanku Sultan Mizan mewujudkan dana pelaburan masa depan dari hasil duit minyak negeri Terengganu. Kerajaan Persekutuan di bawah Pak Lah mengambil keputusan wujudkan TIA pada akhir 2008.
Plan asal rm5 billion akan diraih melalui sukuk (bon) dan di jamin oleh kerajaan pusat dan rm6 billion lagi diraih juga dgn pengeluaran sukuk dengan dibayar balik jumlah itu melalui sebahagian hasil duit minyak negeri Terengganu.
Majlis mesyuarat kerajaan negeri telah bersidang dan mengambil keputusan untk keluar dari TIA kerana dikatakan tidak dpt mengawal sepenuhnya pelaburan tersebut. Dlm masa yg sama kerajaan2 negeri yg lain juga menuntut agar dana pelaburan juga diwujudkan di negeri2 mereka sama seperti Terengganu. Akhirnya kerajaan pusat di bawah Najib ambil keputusan untuk wujudkan 1MDB sebagai agen pelaburan untk negara.
Persoalan,
-Perkara ini sudah lama berlalu ketika Yb Kijal menjadi MB, kenapa baru sekarang hendak bangkitkan kembali?
- adakah sebab itu beliau di 'suruh' turun dari jawatan MB? Atau sebab hilang 7 Dun di PRU 13, dan menyebabkan BN hanya menang tipis di Terengganu walaupun UMNO bertambah kerusi di hampir semua negeri kecuali Selangor?
- mungkinkah isu ini isu peribadi antara Yb Kijal dan Najib?
2.0 Isu asrama yayasan terengganu yg dikatakan oleh beliau wujud penyelewengan dalam proses pembeliannya di Mesir.
Persoalan;
- siapa pengerusi ahli lembaga Yayasan Terengganu ketika itu?
- siapa MB ketika itu?
3.0 Isu Integriti
YB Kijal menyebut kerajaan perlu memberi penekanan tentang isu integriti dan jangan dikelilingi oleh orang2 yg berkepentingan dan menyebut nama abg MB sebagai contoh. Disebut juga di mana kontrak diberi pada syarikat individu dan bukan syarikat kerajaan.
Abg MB bekas ahli parlimen ialah berkelulusan ijazah sarjana muda bidang Business admin di UM dan sarjana MBA di University Hull, England. Bekas ahli parlimen dan pernah menjadi head of investment and research di Yayasan Terengganu. Cukup layak untk dilantik jawatan strategik untk membantu kerajaan.
SU sulit Kanana MB ialah pegawai tinggi kerajaan yg pernah menjadi pengarah Yayasan Trg dan Yayasan Islam.
SU Politik berkelulusan PHD dan degree.
Research Team MB terdiri dari Prof di Universiti, pemegang MBA dan pernah bekerja di syarikat2 antarbangsa.
Pengerusi2 syarikat selain dari Yb2 adalah mereka yg berkelulusan tinggi.
Persoalan;
Siapakah mereka yg berada di keliling Yb Kijal ketika menjadi MB? Apakah mereka yg berkelayakan? Berapa ramai antara mereka yg memeggang ijazah? Siapakah Pengerusi2 syarikat yg dilantik oleh Yb Kijal ketika itu yg banyak mengambil kesempatan dan menyebabkan syarikat rugi, dinyah senarai dari bursa saham? Adakah ini integriti namanya atau kroni?
Bercakap tentang kontrak yg diberi pada syarikat persendirian...
Persoalan;
Berapa banyakkah anak2 syarikat negeri yg diberi kontrak sewaktu yb kijal jadi MB? Berbillion kontrak yg diberi pada individu atau syarikat kerajaan? Siapa Agu? Hj Dol? Pembinaan Liziz?
Kenapa tak diberi konsesi balak dan bijih pada anak2 syarikat kerajaan?
Mgkin Yb Kijal perlu menerangkan dulu beberapa isu;
1. Apa jadi pada Kompleks Textile yg terbiar di Kijal? Di mana peniaga besar dari Cina yg bakal membuka pusat textile?
2. Apa jadi pada Institut Jantung Negeri? Kompleks di Kijal sudah dibeli dgn harga berjuta2 ringgit..
3. Sapa yg beri kelulusan melombong di Machang Setahun sehingga rapat ke tepi jalan air putih, sehingga pada banjir besar baru2 ini terputus jalan utama akibat tekanan air lombong?
Rakyat menanti pendedahan Yb Kijal seterusnya.... dan ramai juga rakyat yg bersedia mendedahkan apa yg Yb Kijal lakukan.
Kalau kita tuding satu jari pada org, ada 9 jari lain yg menuding pada kita.
No comments