YDP PAS Kuala Terengganu Cuba Menjadi HERO Tapi Bodoh

Raja Kamarul Bahrin pada sidang Media di Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu hari ini
Raja Kamarul Bahrin pada sidang Media di Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu hari ini
YBM Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu  menyelar sikap biadap Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Terenganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dan memohon agar beliau memohon maaf kepada pengundi dan rakyat serta Ahli PAS di Parlimen Kuala Terengganu dalam satu kenyataan media beliau hari ini.

Menurut Dato Raja Kamarul Bahrin Shah, sudah dua minggu segala kerjasama dan bantuan parti telah ditarik balik dan ianya telah menjejaskan  khidmat beliau kepada rakyat sekitar Kuala Terengganu terjejas.

"Saya gesa PAS Kuala Terengganu memohon maaf kepada rakyat dan ahli PAS Kuala Terengganu kerana menjejaskan Majlis Hari Raya Parlimen Kuala Terengganu dan khidmat kepada masyarakat disebabkan tindakan terburu-buru mereka”

" Saya terpaksa mencari jalan lain bagi meneruskan khidmat saya kepada rakyat dan selepas ini saya akan terima siapa sahaja yang ingin membantu walaupun ianya datang dari MIC, MCA , Barisan Nasional atau pun Gerakan Harapan Baharu”, katanya ketika sidang media di pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu hari ini.

Sementara itu Raja Bahrin berkata ada gesaan daripada Pas Kuala Terengganu supaya beliau meminta maaf secara terbuka dan letak jawatan sebagai Ahli parlimen Kuala Terengganu seperti dalam kenyataan Wan Shukhairi melalui akhbar Sinar Harian.

" Tidak munasabah disebabkan masalah dalaman parti seluruh rakyat Kuala Terengganu dan negara di bebankan dengan pilihanraya kecil yang pasti melibatkan perbelanjaan yang besar dan ini menunjukkan sikap bodoh sesetengah pihak”.

" Kalau tiap kali parti politik ada masalah dalaman dan tiap kali itulah nak adakan pilihan raya, sampai bila masalah negara akan selesai? Bukankah hujah ini pernah digunakan dan tidak ada persetujuan dengan PRK Kajang tempoh hari?”, katanya.

Raja bahrin juga menasihatkan agar untuk membuat tindakan dan sesuatu keputusan biar lah berlandaskan kematangan supaya tidak membebankan rakyat , ujarnya lagi.
dr Azman
Sementara itu beberapa laporan polis juga telah di buat oleh beberapa individu kerana ugutan daripada Dr.Azman Ibrahim  didalam Facebooknya yang mengancam individu dalam Gerakan Harapan Baru dalam siri Jelajah & Sambutan Hari Raya Gerakan Harapan Baru di Besut baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dimuat naik oleh Dr. Azman itu telah menghina KEDAULATAN KESULTANAN  Terengganu  Darul Iman dan sebagai Penaung serta  tanah jajahan Terengganu termasuk kesemua 8 daerah termasuk satu daerah bongsu negeri Terengganu Kuala Nerus.

Kenyataan yang berbau HASUTAN itu berbunyi " Ambo nok pesan sepatoh jah,Besut tu republik wehh!! Tempat orang gedeber. Jangan wat cepelak mulut kecek dok tetu kalu. Ambo kenal ore kampung ambo".
"Bimbang ada hok mari dlm keadaan molek, kelik ado telur atas dahi. Ambo tolong peringat jah. Jangan maroh!"

No comments

Powered by Blogger.