PAS Tiada ISU ::: 2 Adun Pas sertai GHB Terengganu

momokan keluar bn 
Semakin hari semakin Pas cuaca POLITIK di Terengganu masa kini dan berita ini telah berlegar-legar disetiap kedai kopi  Kuala Terengganu dengan 2 adun PAS kuala Terengganu menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Untuk mengalihkan isu itu Hanafiah Mat telah membuat kenyataan akhbar dengan membuat Fitnah akan ada dari kalangan Adun BN akan keluar menjadi wakil rakyat Bebas dan sekaligus akan berubah tapuk kepimpinan negeri... TIADA ISU nak dimainkan...kikikiki

Sebuah filem seram yang ditonton berkali-kali mungkin akan menjadikannya tidak seram lagi. Lebih-lebih lagi apabila ‘filem seram’ tersebut diterbitkan oleh pengarah filem yang tidak berbakat menakutkan penontonnya dengan prop yang berlebih-lebihan dan pelakon budget yang terpaksa melakonkan pelbagai watak dalam satu masa. Sekejap jadi orang, sekejap jadi hantu dan sekejap jadi pak pacak.

Walaupun menyedari filem tersebut tidak mungkin akan meraih anugerah box office mahupun pulangan yang lumayan, peminat filem seram yang sebenar juga pasti akan tertanya-tanya apakah tujuan pengarah filem tersebut membuat sesuatu yang kekal gagal dan tidak mendapat tempat dihati peminat.

Begitu jugalah keadaannya pada hari ini yang melanda PAS di negeri Terengganu.

Pendedahan Hanafiah kepada akhbar Sinar Harian baru-baru ini kononnya akan berlaku pertukaran kerajaan negeri Terengganu adalah hampir mustahil ekoran pergolakan dalaman yang sedang berlaku di dalam parti PAS sendiri.

PAS Terengganu juga dikatakan semakin gusar apabila Parti Baharu yang akan diterajui oleh Mat Sabu bakal menembusi serta meraih sokongan di Terengganu September nanti.

Dalam lawatan Mat Sabu dan Gerakan Harapan Baharu ke Terengganu baru-baru ini, jangkaan PAS yang mengatakan siri ‘roadtour’ tersebut akan gagal, ternyata meleset apabila jumlah hadirin yang menghadiri program tersebut melebihi 4 ribu pengunjung.

Kebimbangan serta kegundahan yang tak tentu arah mungkin merupakan antara faktor yang menyebabkan Hanafiah membuat kenyataan dengan cubaan mengalihkan isu.

Kenyataan Hanafiah yang enggan mendedahkan identiti ‘pihak tertentu’ dilihat sebagai mengada-adakan cerita yang tidak benar, ‘takdok idea’ dan disifatkan sebagai cuba menutup perpecahan dalaman yang berlaku di dalam parti PAS.

Ini lebih-lebih lagi apabila semua ADUN dari Barisan Nasional telah berikrar menyatakan sokongan kepada kepada kepimpinan YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Penerimaan positif rakyat ke atas dasar Transformasi Terengganu Baharu yang dibawa oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif juga dilihat merupakan antara faktor utama yang membuatkan pemimpin pembangkang di negeri ini berasa goyah.

Maka tidak hairanlah jika ada beberapa usaha dan cubaan bagi menggagalkan usaha yang dibawa oleh kepimpinan Terengganu hari ini.

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.
[Al Hujurat : 6].

Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu. Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.

No comments

Powered by Blogger.