Mush Mula Terjerat dengan High Politikal Najib

1. Apabila, rancaknya isu 1MDB dan wang RM2.67bilion, ramai bertanya-tanya, mengapa DS Najib Razak tidak menjawab, walaupun bertubi-tubinya pertanyaan dan kritikan.

2. Kini terjawab, rupanya Perdana Menteri sedang memasang perangkap, untuk menangkap musuh-musuh politik. Musuh-musuh politik bukannya daripada pembangkang, akan tetapi daripada Parti Umno sendiri.

3. Dua pemimpin kanan Umno tidak melihat, bagaimana gerak geri dan tindakan DS Najib, sehingga mereka terperangkap dengan permainan itu.

4. Isu 1MDB adalah isu pembangkang. Najib memang tahu apa yang didakwa pembangkang memang tiada asas. Atas sebab itu, beliau membiarkan mereka menembak berbagai peluru dan menunggu sehingga peluru habis.

5. Oleh kerana peluru yang ada pada musuh-musuh politik telah habis, maka beliau bertindak. Tindakan pertama adalah melalui pemecatan. Alasan pemecatan adalah jelas, mereka itu bukan sepasukan dengan beliau.

6. Kini, wang RM2.67bilion sudah disahkan bukan wang 1MDB, yang mengesahkan adalah SPRM sendiri. SPRM adalah pihak ketiga dalam perkara ini. Jika Najib mengikut nasihat orang lain, agar beliau sendiri menafikan dakwaaan tersebut, maka beliau bakal dituduh hanya menafi dan penafian itu bakal diputar belit.

7. Seperti pengakuan Najib, beliau terlibat dalam politik sejak tahun 1976, terlalu banyak sepak terajang ranjau dan duri beliau alami. Di sinilah kelemahan musuh-musuh politik beliau kerana gagal melihat dan menapis tindakan PM ke-6 itu, yang nampak lemah dalam aksi, akan tetapi apabila menikam, tikamannya bagai tikaman Hang Tuah.

8. Antara orang yang melihat perancangan Najib yang nampak terdesak dan goyah, namun tenang menghadapinya kerana percaya beliau mempunyai senjata ampuh dalam simpanan beliau adalah Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman. Atas sebab itu, selama kemelut 1MDB dan wang RM2.67bilion, Ketua Menteri Sabah tersebut tidak pernah mengulasnya, malah senantiasa meminta rakyat Sabah agar tidak berbelah bahagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

9. Demi tatapan pembaca dan rakyat, dan memberi penerangan berkaitan 1MDB, tugas tersebut diemban oleh Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said dan juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional- Dato Rahman Dahlan yang juga pemimpin Sabah.

10. Sedikit masa lagi, kemelut 1MDB akan terungkai apabila semua siasatan bakal diketahui. Masa itulah para pengeritik akan ternganga, bahawa tiada salah guna kuasa atau tiada wang yang lesap.

No comments

Powered by Blogger.