UMNO Terengganu Kukuh, Semua Adun Sudah Berikrar memperkuat Parti.

Semua ADUN telah berikrar sokong MB Terengganu
Semua ADUN telah berikrar sokong MB Terengganu
Sokongan padu di kalangan wakil rakyat BN Terengganu termasuk mantan menteri besar Datuk Seri Ahmad Said terhadap kepimpinan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sama sekali menolak dakwaan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik dalam satu laporan akhbar tempatan semalam.
Kenyataan yang di keluarkan oleh Seorang Pengalisis Politik Universiti Universiti Utara Malaysia,(UUM), Md Shukri Shuib yang menyatakan kedudukan Terengganu tergugat adalah tidak benar sama sekali.
Semua adun telah berikrar menyatakan sokongan kepada Dato’ Seri Ahmad Razif, dan sokongan ini telah telah dinyatakan wakil rakyat berkenaan di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lepas.
Tambahan pula, Adun Kijal Ahmad Said juga telah menyatakan pendiriannya akan terus bersama UMNO dan memberi sokongan kepada kepimpinan Dato Seri Ahmad Razif.
Md Shukri Shuib tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian di mana dakwaan tersebut boleh menimbulkan persepsi yang tidak selesa di kalangan rakyat.
Beliau dilihat membuat dakwaan tersebut hanya bergantung kepada faktor krisis dan isu-isu terkini yang dihadapi oleh pusat dan cuba mengaitkan dengan rentak politik di Terengganu.
Sekiranya Md Shukri Shuib benar-benar dapat melihat hubungan baik yang terjalin di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri serta cara bagaimana Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Ahmad Razif menangani segala persoalan dan isu politik yang berlaku, politik Terengganu sudah boleh dikatakan stabil.
Adakah Md Shukri berkata sedemikian berdasarkan blog dan komen-komen daripada rakyat di dalam media sosial yang mempersoalkan keadaan politik semasa?
Apakah bilangan komen di dalam media sosial mengenai politik Terengganu sudah cukup memberi jawapan kepada Md Shukri untuk mengatakan bahawa politik di Terengganu lemah?
Dalam PRU lalu, Umno hanya meraih kemenangan tipis menentang Pas, jika pilihan raya negeri dijalankan, Umno harus bersiap sedia menghadapi segala komplikasi yang bakal timbul termasuklah kemungkinan untuk kalah dalam pilihan raya kali ini, kerana kehilangan kepercayaan rakyat kepada Parti.
Dan ADUN yang keluar daripada parti juga akan di labelkan pengkhianat parti, walaupun perkara ini tidak akan timbul kerana semua ADUN sayangkan parti dan rakyat yang mengundi mereka

No comments

Powered by Blogger.