Wan Hakim Di Hina Oleh Mad Said Tetapi Perwakilan TIDAK BUTA..


Persidangan Agong UMNO Bahagian Kemaman berlangsung semalam bermula pada jam 3.00 petang hingga awal malam tadi di Dewan Berlian Chukai Kemaman.
Wan Abdul Hakim Wan Mokthar adalah salah seorang calon yang bertanding dalam G7 bagi mewakili UMNO Bahagian Kemaman ke Persidangan Agong UMNO Malaysia di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur pada oktober ini.
Walaupun persidangan kali ini beliau banyak menerima hentaman dari ketua bahagian(Ahmad Said) beliau masih menang untuk pertandingan G7 pada tahun ini dan perwakilan dapat melihat muktahir ini Mad Said menjadi duri dalam daging kerana beliau pernah keluar dari UMNO seketika dulu..
Semasa beliau dihentam kuat oleh Mad said dek kerana kebenaran yang didedahkannya yang membuat ketua bahagia kemaman itu benggang dan peluang persidangan ini ada tempat yang terbaik untuk Mad Said berbuat demikian.

Bukan Mad Said tidak tahu akan 5% wang hasil minyak itu persetujuan dari kerajaan terengganu dan kerajaan pusat dengan terikat akan akta kanun tanah negara.
Sementar itu persidangan UMNO Bahagian Kemaman dimulakan   dengan ucapan alu-aluan Ketua Bahagian Dato’ Seri Ahmad Said (Mad Said) dan disusului ucapan perasmian Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (TSMY) dengan pelbagai pendedahan yang dibuat.
Medan persidangan kali ini adalah medan yang terbaik utntuk melepaskan rasa dendam yang disimpan selama ini dan  memberi peluang kepada  Mad Said  untuk bercakap yang benar(katanya) dan mendedahkan perkara yang berlaku sebelum ini didalam UMNO dan juga Kerajaan Negeri yang dipandunya selama enam (6) tahun.
Tidak terlepas Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu merangkap Adun Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokthar turut dihentam oleh Mad Said dalam ucapannya selam 1 jam 30 minit itu.
Dalam ucapannya  beliau menyatakan bahawa beliau tidak sanggup mengadai maruah perjuangan  melayu serta hak rakyat Terengganu dan UMNO  Terengganu.
“Minyak Terengganu hendak dicagarkan oleh Terengganu Investment Authority (TIA) dan masa itu Tuanku Sultan Terengganu beritahu saya”
“Tuanku menitahkan saya untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu cagar minyak Terengganu itu”
“Dan saya menubuhkan satu pasukan(team) dan setelah dibuat kajian baru saya mengetahui segalanya dengan apayang berlaku”, katanya.
Oleh yang demikian rakyat juga ingin tahu dengan projek-projek yang telah dibuat semasa zaman Mad Said menjadi menteri besar dan diantara Pulau Bebas Cukai, Hub Tekstil Terengganu (Bandar Baru KIjal), Taman ILMU Besut dan lain-lain lagi.
APA yang Mad Said BUAT?

Ini dari sebahagian dengan apa yang dibangkitkan oleh Bekas Menteri Besar Terengganu yang ke 13 …..







No comments

Powered by Blogger.