Gerakan Bawah Tanah PAS diBongkar Kerana Meletakkan BOM Jangka?

PLANTA SINONIM DENGAN NASI GORENG = PLANTAR ADALAH UNTUK BIDANG OIL & GAS
Pada hari sabtu, 22 Ogos ini Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Mesyuarat Agong UMNO Kuala Nerus disamping melakukan lawatan kerja. Kedatangan Datuk Seri Najib ini mengundang kerisauan melampau dikalangan pembangkang dan juga penyokong Ahmad Said yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu.

Dalam kekalutan ini, mereka yang tidak bertanggungjawab mula menyebarkan berita palsu kononnya akan ada “Jamuan Kesyukuran’cagar’ pelantar minyak Terengganu kepada 1MDB Untuk Kepentingan Dato’ Seri Mohd Najib Bin Razak” pada tarikh dan masa yang sama dengan agenda perasmian mesyuarat Bahagian UMNO Kuala Nerus.
Berikutan dengan berita palsu tersebut maka UMNO Kuala Nerus telah mengeluarkan kenyataan di laman Facebook:-
Diakhir zaman ini semakin banyak Fitnah yang ditaburkan. sempena lawatan YAB PM ke Kuala Nerus pun sudah ada edaran kad jemputan untuk menfitnah YAB PM dgn jemputan program yang palsu. mohon semua Hebahkan supaya tidak termakan dengan Fitnah pembangkang ini.
umno kuala nerus
Bagi pembangkang pula, mereka dilihat tidak melepaskan peluang ini untuk “mengenakan” UMNO Bahagian Kuala Nerus. PAS Kuala Terengganu turut mengeluarkan kenyataan di Facebook mereka:-
Nampaknya sudah ada gerakan daripada UMNO Kuala Nerus untuk Jatuhkan Najib Razak.. pada hari lawatan Perdana Menteri ke Gong Badak pada hari Sabtu ini… di kabarkan jemputan ini telah di buat oleh pemuda-pemuda UMNO Kuala Nerus yang tidak berpuashati dengan 1MBD dan Cagaran Minyak Terengganu kepada Pahang.. Najib bakal berkubur…
pas tganu
Sebelum ini dalam Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus , mereka telah meluluskan usul menyokong kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Usul yang dibentangkan oleh Perwakilan Pemuda UMNO Cawangan Jeram Manir, Norzaidi Ab Rahman itu turut menyokong perlantikan Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Usul itu kemudian diterima sebulat suara oleh 514 perwakilan ke persidangan itu yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak.

Pembangkang dan Ahmad Said tahu bahawa UMNO Bahagian Kuala Nerus menyokong kuat kepimpinan Perdana Menteri kita Datuk Seri najib Tun Razak.  Mereka benar-benar bimbang sekiranya PM kita akan membuat sebarang pendedahan ataupun pengumuman penting pada hari tersebut.


Namun tindakan tidak beretika pihak  yang mengeluarkan berita palsu tersebut amatlah dikesali.

No comments

Powered by Blogger.