TUNTUTAN MINYAK BERTAM : KANUN TANAH NEGARA YANG PERLU RAKYAT TAHU


Cari Buku Ini dan Baca Baru Faham Apa itu Royalti?


FAQ: Menjawab Persoalan Mengenai Royalti Minyak

1.            Pakatan Rakyat mahupun penyokongnya selalu memberi label kepada kerajaan pusat yan g dikuasai Barisan Nasional. Diantara label yang sering diberikan adalah “merampas hak rakyat”, “zalim”,”mencuri” dan pelbagai label yang lain.  
2.            Apabila ditanya apakah bukti yang menunjukkan Kerajaan BN ini “zalim” atau “merampas hak rakyat”, diantara jawapan yang diberikan adalah merujuk kpd isu royalty minyak Kelantan yang kononnya dirampas oleh kerajaan pusat.
3.            Dakwaan dan tohmahan ini dibuat dan disebarkan dan disertakan dengan fakta-fakta sekerat sehingga banyak pihak yang tertipu dan terpedaya. Malah ada yang bergelar ustaz pun terpedaya dan turut sama menyebarkan kecaman-kecaman serupa tanpa berfikir dan mencari kebenaran
4.            Blog ini, semenjak awal kemunculannya telah menekankan betapa pentingnya setiap individu mencari kebenaran sebelum percaya dengan segala dakwaan terutama apabila ianya datang dari orang politik. Ini kerana sesetengah pihak gemar mewujudkan persepsi negative yang membawa kepada politik kebencian.
5.            Kembali kepada isu royalty minyak. Mari kita lihat satu persatu dakwaan mereka dan kita bandingkan dengan fakta kebenaran. Dakwaan-dakwaan ini saya petik daripada NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dan beberapa media/blog pro-pembangkang.
Dakwaan 1

Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen menggantikan Odinan Darurat 1969. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.
Jawapan
1.            Ordinan Darurat 1969 tidak pernah dimansuhkan sehinggalah pada 24 November 2011. Ini lanjutan daripada pengumuman PM bahawa beberapa proklamasi darurat termasuk yang berkaitan dengan Akta ISA akan dimansuhkan. Oleh itu pada 24 November 2011 dan 20 December 2011, ordinan darurat tersebut telah dimansuhkan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sehubungan dengan itu, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) no.7, 1969 yang menjelaskan pensempadanan wilayah perairan (territorial waters) juga tidak sah dalam masa 6 bulan dari tarikh pemansuhan ordinan ini kecuali sekiranya sesuatu dilakukan sebelum tamat tempoh ini.
2.            Lanjutan daripda pemansuhan ordinan ini, pada 18 June 2012, YDP Agong berkenan meluluskan AKTA 750 (Territorial Sea Act 2012) dan di gazetkan pada 22 June 2012.
3.            Perhatikan, bahawa Akta 750 ini diluluskan sebelum berakhirnya tempoh 6 bulan berkuatkuasanya pemansuhan ordinan darurat 1969.
4.            Akta 750, berkenaan dengan `territorial waters’ juga menulis perkara yang sama seperti didalam ordinan darurat 1969. Rujuk Rajah 1
5.            Kenapa akta ini penting ?  Ini kerana, akta ini menerangkan berkenaan apa yang dimaksudkan oleh territorial waters seperti yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara 1965.
6.            Kenapa perlu rujuk Kanun Tanah Negara ? Ini kerana, Kanun Tanah Negara menjelaskan berkenaan `Tanah Negeri’ yang tidak terdapat dalam Akta Petroleum 1974.
7.            Bukankah Akta Petroleum 1974 dah cukup? Akta Petroleum 1974 adalah hanya untuk penyerahan hak eksplorasi,eksploitasi dan carigali kepada Petronas.Sebagaimana Malaysia memberikan hak tersebut  kepada Petronas, demikian jugalah kerajaan negeri memberi hak eksplorasi dan carigali kepada Petronas (tanpa boleh batal).
8.            Bukankah penyerahan hak oleh kerajaan negeri bermakna hak tersebut pada asalnya adalah hak kerajaan negeri dan Petronas diminta membayar tunai? Hak yang diberikan oleh kerajaan negeri adalah kawasan yang merupakan hak kerajaan negeri atau sempadan yang dimiliki oleh negeri. Untuk kawasan yang bukan hak kerajaan negeri, hak kepada Petronas diberikan oleh Kerajaan Pusat.
9.            Macam mana nak tahu hak wilayah kerajaan negeri?Hak kerajaan negeri termaktub dibawah Kanun Tanah Negara 1965. Sila rujuk definasi `Tanah Negeri' pada rajah 2.


Rajah 1: Sebahagian daripada Akta 750 Territorial Sea Act 2012
yang menggantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan 'Territorial Waters'

    Definasi `Tanah Negeri' berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965

Rajah 2: Sebahagian dari Kanun Tanah Negara 1965

Sila perhatikan ayat yang di `bold’ kan. Ianya tertulis territorial waters. Penjelasan mengenai `territorial waters’ ini dirujuk kepada Ordinan Darurat 1969 (sebelum pemansuhan) dan akta 750(selepas pemansuhan) seperti yang dijelaskan diatas.

Kesimpulan untuk dakwaan ini

·                             Ordinan Darurat 1969 tidak dimansuhkan sehinggalah pada November 2011 dan untuk undang-undang mengenai `territorial waters’, ianya digantikan oleh Akta 750 yang digazetkan pada Jun 2012
·                             Akta Petroleum adalah penyerahan hak oleh Kerajaan Malaysia dan Negeri-negeri kpd Petronas untuk operasi eksplorasi dan carigali.
·                             Hak milik negeri adalah kawasan didalam sempadan negeri yang merangkumi perairan wilayah yang bermaksud jaraknya yang tidak melebihi 3 batu nautika daripada paras surut air.
Dakwaan 2 
Pada 9 Mei 1975 - Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”. Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut. 

Jawapan

1.            Seperti yang diterangkan diatas, perjanjian dibawah Akta Petroleum 1974 (akta 144) adalah untuk Malaysia dan negeri-negeri menyerahkan hak eksplorasi dan mencarigali kepada Petronas.
2.            Tidak ada disebut perkataan royalti didalam akta ini.Yang disebut adalah `bayaran tunai’ kepada negeri. Bayaran ini diberikan sekiranya eksplorasi dan carigali ini berlaku di pantai (onshore) atau dilluar pantai (offshore). Rujuk petikan perjanjian pada rajah 3. Perhatikan perkataan pantai dan diluar pantai.
Rajah 3: Petikan Perjanjian Akta Petroleum 1974

     3. Sebagai balasan, Petronas perlulah memberi bayaran tunai (cash payment) yang mempunyai nilai yang sama dengan 5% hasil minyak yang didapati dan dijual oleh Petronas. Perjanjian yang dibuat pada Mei 1975 ini adalah seperti rajah dibawah.

 4.  Berdasarkan perjanjian ini, Petronas akan memberi bayaran tunai SEKIRANYA minyak didapati di negeri Kelantan. Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memastikan samada minyak tersebut berada di negeri Kelantan atau tidak. Untuk itu, had sempadan negeri perlu ditentukan. Sempadan negeri ini boleh dilihat melalui Kanun Tanah Negara.




Dakwaan 3
Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari JDA (beza 110km) - Penafian HAK Kelantan buat kali pertama!

Jawapan
1.            JDA adalah kawasan usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan kerajaan Negara Lain, sebgai contoh kerajaan Thailand. Pemilihan tempat pendaratan minyak untuk kawasan yang dikongsi bersama perlulah mempunyai kesepakatan ataupun `win-win situation’.Ianya adalah melibatkan hubungan antara dua Negara iaitu Malaysia dan Thailand, oleh itu dalam hubungan dua hala antara dua Negara, pendekatan yang membawa kepada usahasama dua Negara perlu diutamakan. 

Dakwaan 4

Sekali lagi hak Negeri Kelantan ingin dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan mendaratkan minyak Kelantan ke Terengganu.

Jawapan 
  
1.            Minyak tersebut bukan hak Negeri Kelantan mahupun Negeri Terengganu. Sila rujuk jawapan diatas.
2.            Petronas adalah sebuah entity perniagaan dan sebagai sebuah Syarikat yang besar dan mempunyai keupayaan menjalankan perniagaan dengan begitu cemerlang sudah tentu memilih jalan yang boleh membawa keuntungan kepada mereka. Mustahil, Petronas akan memilih pendekatan yang membawa kerugian. Sudah semestinya, pemilihan tempat untuk pendaratan minyak telah mengambil kira kesemua kos-kos yang terlibat diantara membangunkan satu tempat pendaratan baru beserta dengan kerja-kerja pemasangan paip dengan hanya membuat pemasangan paip yang sedikit panjang tetapi dapat mengoptimumkan penggunaan pusat pendaratan dan pemprosesan di Terengganu. Banyak factor dan kos yang akan terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sekiranya satu tempat pendaratan baru perlu dibina atau ditambahbaik. 
3.            Blog ini percaya, Petronas mempunyai kepakaran mereka dalam merancang operasi carigali dan pemprosesan minyak.

Dakwaan-dakwaan lain (diambill dari blog/media pembangkang)

Dakwaan 5
Kenapa Terengganu mendapat royalty sedangkan jarak tempat carigali minyak adalah jauh dari 3 batu nautica?

Jawapan
Terengganu sama seperti Kelantan tiada hak keatas minyak yang dijumpai kerana ianya bukan hak milik kerajaan negeri. Pemberian royalty kepada Terengganu adalah Ihsan dari PM dan samada ianya ditermakan sebagai royalty ataupun wang ehsan, kedua-duanya adalah ehsan PM kerana minyak yang dijumpai bukan milik Terengganu. Inilah sebabnya pada tahun 1999, bayaran royalty kepada Terengganu ditukar namanya kepada wang Ehsan kerana ianya hendak disalurkan secara terus kepada rakyat Terengganu dan bukan kepada Kerajaan Negeri. Diantara alasan yang diberikan adalah dikhuatiri, Kerajaan Negeri akan menggunakan wang ini untuk tujuan parti politik dan bukannya untuk rakyat Terengganu. Bayaran yang dibuat melalui JPP akan bergantung kepada projek-projek keperluan rakyat.Sebarang projek yang ingin dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk kebaikan rakyat Terengganu boleh mendapatkan wang ehsan ini melalui JPP. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa merubah bayaran tunai ini adalah kerana minyak yang dijumpai itu adalah hak milik kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

Kerajaan Kelantan juga mendapat wang ehsan seperti mana yang didapati oleh Kerajaan Terengganu.

Dakwaan 6
Kenapa Sabah dan Sarawak mendapat royalty?

Jawapan
Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta perundangan-perundangan yang memberi hak ke atas kawasan pelantar benua.

Hak kedua-dua negeri ke atas kawasan pelantar benua termaktub di dalam “North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954” dan “Sarawak (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954]”.

Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Sebagaimana yang termaktub Di dalam Perlembagaan Persekutuan, perkiraan bayaran kepada Sabah dan Sarawak mengambil kira duti import, duti eksais, duti eksport petroleum kepada Sabah dan Sarawak serta hasil perlombongan galian semulajadi.
Ini adalah jaminan kelayakan yang diterima oleh Negeri Sabah dan Sarawak, yang tidak ada di negeri-negeri Semenanjung.

Soalan tambahan

1.  Apakah Pimpinan Pakatan Rakyat sedar akan system Perundangan yang berkaitan dengan Royalti ini?

Blog ini berpendapat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tahu bahawasanya, kalau berasaskan kebenaran fakta dan perundangan, mereka tiada hak keatas hasil minyak ini. Oleh kerana itulah Anwar Ibrahim telah cuba untuk membuat pindaan terhadap Akta Petroleum 1974 pada tahun 2009 dengan memasukkan kenyataan dibawah pada seksyen 10 akta tersebut :-

Beliau mahu meminda dan membuat takrifan baru pada perkataan `diluar pantai’ agar ianya menjadi hak milik kerajaan negeri. Untuk pengetahuan pembaca, Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) adalah kawasan perairan milik Negara yang berada di wilayah perairan di luar 12 batu nautical sehingga ke 200 batu nautica (sila rujuk United Nation Convention).

Ini menunjukkan bahawa belia sedar tanpa pindaan pada perkataan di luar pantai seperti diatas, ianya bukanlah milik negeri tetapi ianya adalah milik kerajaan Persekutuan.

Ini juga membuktikan bahawa tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah berasaskan kepada undang-undang dan tidak pernah berniat jahat.


2. Apakah penyelesaian kepada kemelut ini

Bagi pendapat blog ini, perkara pertama yang perlu difahami oleh seluruh rakyat adalah, pentingnya untuk kita mengutamakan kebenaran daripada politik. Sekiranya fakta dan kebenaran diutamakan, tidak akan timbul cubaan untuk menjadikannya isu politik yang dipergunakan oleh kelompok-kelompok tertentu untuk menimbulkan kebencian rakyat. Ini semua dilakukan demi survival politik mereka.

Sekiranya kita mengutamakan kebenaran dan tidak terpedaya dengan hasutan,penipuan dan fitnah yang cuba dilemparkan kepada Kerajaan Persekutuan maka InsyaAllah kita akan faham kedudukan sebenar isu ini dan dapat berfikir dengan lebih rasional.

Blog ini juga berpendapat, sekiranya kerajaan Negeri Kelantan memahami isu ini dari sudut perundangan dan mereka faham bahawa mereka tiada hak keatas minyak tersebut, pendekatan secara rundingan boleh dibuat dengan Kerajaan Persekutuan. Sekiranya Kerajaan Negeri berunding dengan cara baik kepada Kerajaan Pusat dan memohon agar dinaikkan sumbangan atau peruntukan daripada hasil minyak ini, blog ini percaya, Kerajaan Pusat bersedia menimbangkannya. Mungkin sekiranya dibincang dengan baik, Kerajaan Kelantan akan mendapat sumbangan bayaran tunai dengan jumlah yang lebih besar.

Malangnya, mungkin akibat dihasut oleh kelompok tertentu, Kerajaan Negeri bersikap angkuh dan kasar, melemparkan pelbagai tuduhan sehingga sanggup mendoakan “pecah perut” dan sebagainya sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka berada di pihak yang salah. Sekiranya mereka mengetepikan politik dan mengutamakan kebenaran, blog ini percaya keputusan yang memberi kebaikan kepada semua pihak dapat dicapai.


No comments

Powered by Blogger.