Mat Said Cuba Jerat Leher SENDIRI Kerana DENDAM KESUMAT
"Jika kembali kepada agama islam, penyemai kebencian, fitnah, adu domba dsbnya dah jelas akan didakwa dan dihukum dengab azab yg menyakitkan di akhirat".
"Semasa Mikraj Rasulullah telah dijunjukkan kpd banginda bagaimana hukuman yg diterima oleh si pelaku"
Respon pada statement Tun M di Majlis Dialog Nothing 2 Hide.
- Perkara yg disebut oleh Tun M agak umum dan boleh memesongkan. Bila pulak kita kena tanya singapura untk buat servis keretapi di negara kita? Kalau melibatkan woodland di Singapore memang perlu persetujuan Singapura
-Agak dramatik untk samakan negara kita dijajah semata-mata Najib berkompromi dgn negara jiran dengan dasar 'menang-menang'. Zaman Tun M dgn Lee Kuan Yu dan Bush untk bertegang urat sudah berlalu....Era 'cowboy diplomacy' sudah berlalu.
- Samada Tun M bersetuju atau tidak tentang polisi baru dan dasar baru tidak relevan. Tun M bukan PM. Jika Tun M tak setuju maka Najib perlu ikut dan taat? Apa mandat yg Tun M bawa? Dalam parti UMNO, semua ahli boleh bagi pendapat. Tetapi akhirnya Presiden yg akan beri kata putus. Dan beliau perlu bertanggungjawab atas keputusan beliau. Sebagaimana ahli parti akur pada keputusan yg dibuat oleh Tun M sewaktu jadi Presiden, beliau patut akur pada Presiden UMNO sekarang.
- Tun M becakap pasal hilang wang berbillion, Tun M dah lupa agaknya tentang kehilang 30 billion wang negara pada akhir 90an yg disebabkan kegagalan Bank Negara bermain 'forex' di pasaran matawang? Nilai sekarang 30 billion tu ialah ratusan billion, jauh lebih besar dari nilai liabiliti 1MDB (perlu diingat, 42 billion liabiliti itu diimbang oleh 51 billion aset; tapi Tun M hilangkan 30billion wang reserve negara).
Tun M lupa agaknya skandal MAS di mana Tajudin Ramli (anak suruhan Tun Daim) di arah beli MAS dgn harga rm8 sesaham (waktu tu MAS ada tunai 600juta lebih) kemudian beberapa tahun lepas itu tatkala MAS sudah hampir muflis, menjual kembali MAS.pada kerajaan pada harga rm8 sesaham (nilai pasaran hanya rm3). Bukankah itu sekandal berbillion yg mengorbankan duit kerajaan dan rakyat? Sebab Tun M dan Daim yg buat, ianya ok? Atau mgkin masa tu tiada media sosial rakyat tidak tau?
Adakah Tun M maklum pada kabinet tentang skandal forex bank negara dan skandal MAS? Juga kenapa Tun M tak maklum yg beliau minta Najib bagi dana hampir 2 billion untk bail out Proton yg kini ditangan 'budak' beliau Tan Sri Syed Mokhtar? Kenapa ok guna berbillion dana rakyat untk kawan2 beliau?
- Menggadai telaga minyak Terengganu adalah satu lagi cerita sensasi yg dimulakan oleh mantan MB Terengganu yg juga ketua bahagian Kmn.
Telaga minya bukan milik Terengganu tetapi milik kerajaan pusat yg diurus oleh Petronas. Terengganu hanya dpt 5% hasil wang ehsan minyak tersebut.
Bon (pinjaman) sebanyak rm5 billion perlu dibayar balik menggunakan sebahagian dari duit 5% ini setiap tahun. Maksudnya kalau duit itu 2 billion setahun, sebahagian darinya, mgkin 100-300 juta setahun digunakan untk membayar hutang tersebut setiap tahun. Dana dari hutang tersebut iaitu sebanyak rm5 billion digunakan untk pelaburan.
Oleh itu tidak tepat dikatakan 'telaga minyak' Terengganu 'dicagar'.
- Kenapa sampai sekarang tiada dokumen yg dijunjung oleh Rafizi ke SPRM tentang 1MDB sebagaimana beliau menjunjung dokumen2 tentang skandal NFC (lembu)? Mana dia dokumen dari Sarawak Report?
- Bila pulak keadilan sejagat berasaskan seseorang atau entiti itu bersalah sehingga dia buktikan dia tidak bersalah? Bukankah sepatutnya Innocent Until Proven Guilty atau tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah? Adakah adil jika saya lemparkan beberapa tuduhan yg serius terhadap si 'A' (tanpa sebarang bukti, hanya melalui fb dan WA) kemudiannya minta 'A' memberi penjelasan dan buktikan 'A' tidak bersalah....
Lepas itu saya lakukan perkara yg sama pada 'B', 'C', 'D'........
Kenapa 1MDB perlu buktikan ia tidak buat ini dan itu? Bukankah Tun M atau DAP perlu kemukakan bukti yg mensabitkan Jholo dan lain dgn 1 MDB?
Bukankah lebih baik kita tunggu laporan dari Auditor General? Kalau benar ada penyelewengan, kita juga mau mereka yg bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Saya percaya Tun M tahu apa yg dia buat. Beliau bukannya bodoh. Tetapi medebatkan isu dengan tahap intellectual yg rendah dan fakta yg lemah adalah bukan Tun M samasekali. Dikelilingi pula dgn org yg frustrated dan punyai rekod mengugut parti dan keluar parti seperti Ketua Bahagian Kemaman adalah sesuatu yg cukup 'low standard' bagi Tun M.
Samada usia telah memamah keupayaan berfikir secara rasional (serta higher order of thinking) oleh negarawan yg cukup saya hormati ini, ataupun Tun M mempunyai muslihat lain dan sebab yg tersembunyi. Apapun beliau perlu berhenti sejenak... semoga Allah memberi petunjuk pada beliau InsyaAllah.
No comments