Vid : Koma di Mekah.. Haji Mamat Di bawa Balik Ke Malaysia(Terengganu)
Misi membawa pulang Mamat bin Jusoh atau lebih dikenali sebagai Pok Su Mat yang kini sedang dirawat di Hospital dan klinik Kecemasan Ajyad bersebelahan Masjidil Haram Mekkah.
Haji Mamat mengalami strok dan pembuluh darah ke otak pecah dan kini koma (tidak sadarkan diri dalam waktu yang relatif lama) semasa mengerjakan Umrah pada april lalu.
Menteri Besar Terengganu Yab Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah mengarahkan Pengarah Kesihatan Negeri Dr. Mohamamd Omar dan pasukan pakar perubatan Terengganu ke Mekhah untuk misi membawa pulang Mamat Jusoh ke Terengganu.
Pasukan perubatan ini telah berlepas ke Mekah semalam 12 Jun dan turut sama anak kepada Mamat iaitu Mazri Mamat.
Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Ahmad Razif juga akan menanggung sepenuhnya KOS membawa balik Haji Mamat Jusoh ke bumi Terengganu dari Makkah al-Mukarramah.
Sikap kecaknaan Ahmad Razif kepada rakyatnya juga bertempatan dengan prinsip yang telah dibawa oleh beliau dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu prinsip ke 3 ‘Keluarga Bahagian- Rakyat Sejahtera’.
Beberapa keping gambar yang telah dikongsikan dan dimuat naik kedalam akaun facebook milik Mazri yang mana telah menjadi rujukan penulis untuk artikel ini.
Berita penuh MISI ini akan dikemaskini dari masa ke semasa… Tahniah Menteri Besar Terengganu.
Facebook Mazri Mamat (Live Update)
- Terengganu Times
No comments