Menteri HAMLAU Nie Sudah Bebal Agaknya - PRU 14 Tiada Lagi Bagi Mu... kih..kih..


PETALING JAYA: Dek kerana cara berpakaiannya dikritik ketika menghadiri satu majlis, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjawab balik kritikan itu di media sosial menggunakan akaun Instagram anaknya, Nedim.

Datuk Seri Nazri mengherdik seorang pengguna Facebook yang mengkritiknya, Suhairi Sujairi dan mempersoalkan siapa Suhairi untuk mempersoalkan cara dia berpakaian.

“Sapa dia ni yang comment pasal my dressing? Sapa budak ni ,Aku daripada dulu macam ni pun ,rakyat dah pilih Aku 5 penggal pilihanraya Tak pernah kalah.

“Kalau hamlau ni rasa Dia Bagus sangat ,tak yah cakap banyak, Aku Tunggu Dia di Padang Rengas utk pilihanraya yang ke -14 ni ,kita tgk Padang Rengas nak Dia ke Aku?” soal Ahli Parlimen Padang Rengas memetik laporan dari MalaysiaKini.

Di dalam post tersebut juga, Datuk Seri Nazri mengaku dia memang bersikap sombong lebih-lebih lagi dengan individu seperti Suhairi.

Menurut Nazri lagi, semua orang tidak kisah cara apa pun dia berpakaian asalkan tidak telanjang.

Dan tak payah nak comment Aku sombong,Aku Mmg Sombong dengan orang macam ni ! Peduli apa saya nak Pakai apa , semua orang tau saya sempoi ,jangan telanjang sudah,” katanya lagi. - Siakapkeli.my


No comments

Powered by Blogger.