MUHYIDDIN Mahu Menumpukan Sepenuhnya Kepada Parti UMNO - Tidak Macam Yang Sebelah Sana
Timbalan Presiden UMNO Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY)
hari ini dalam satu kenyataan yang di bua Mahu Ahli UMNO Menumpukan Kepada
Usaha Mengukuhkan Parti.
Beliau juga mantan Timbalan Perdana Menteri mengadakan satu
sidang media khas di kediamannya sehari selepas beliau disingkirkan daripada
jawatan yang disandangnya sejak 2009 pada pengumuman rombakan Kabinet semalam.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau mahu ahli UMNO
menumpukan kepada usaha mengukuhkan parti dan jangan terlalu berfikir soal
pengguguran beliau dalam barisan baharu kabinet yang diumumkan Perdana Menteri.
Dalam masa yang sama, dalam sidang media khas yang diadakan
di Bukit Damansara hari ini, beliau berjanji akan meneruskan khidmatnya sebagai
Timbalan Presiden UMNO dengan baik.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh turut
berterima kasih kepada semua Bahagian UMNO yang terus memberi sokongan
kepadanya terutama UMNO Johor, malah sedia untuk hadir merasmikan mesyuarat
perwakilan parti sekiranya diundang.
“Kini tumpuan saya hanyalah mengukuhkan parti dan mahu
melihat UMNO terus membela nasib rakyat dan AGAMA , Bangsa dan Tanah Air ini”
“Najib sebagai Presiden UMNO akan menguruskan Negara manakala
tanggungjawab parti akan saya jalankan dengan penuh taat setia kepada
perjuangan dari dulu,kini dan selamanya”
“kepada rakyat Malaysia yang menyokong saya selama ini tidak
perlu bimbang atau gusar akan situasi
saya kerana saya mempunyai tanggungjawab terhadap parti UMNO” katanya.
Tambahnya lagi, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula
kita sebagai manusia dan Hamba Allah SWT yang serba kekurangan dan kena akur
dengan qodak dan qodar Allah SWT.
Penulis melihat dari raut wajah Timbalan Presiden UMNO ini
cukup tenang menghadapi ketentuan yang telah di tetapkan oleh Allah SWT dan
redha itu yang membuatkan senyuman masih terukir diwajahnya.
Semoga UMNO kembali diperkukuhkan dibawah strategi Tan Sri
Timbalan UMNO dan bukan macam sebuah parti politik satu lagi…
No comments