Saman Adalah Wajib Kea ta s Wall Street Journal
PUTRAJAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menggesa semua pihak agar menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan berhubung dana yang kononnya dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut beliau, jika dilihat dari segi logik, seseorang itu tidak akan memindahkan wang awam ke akaun peribadinya.
"Saya rasa kena siasat terlebih dahulu sama ada benar atau tidak (tuduhan). Kerana mengikut logik akal, pada saya jika seseorang itu hendak pindahkan wang awam ke akaun peribadi, biasanya dia tidak akan berbuat demikian.
"Dia akan pindahkannya ke akaun lain ataupun akaun sulit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis iftar amal Darul Fuqaha' di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
Ujarnya, sebelum ini telah timbul banyak isu dalam akhbar yang pada mulanya dilihat sebagai serius dan mempunyai bukti, namun setelah dinafi dan disiasat didapati banyak daripada berita tersebut tidak benar.
Bagaimanapun, Dr Haron berharap supaya ada penafian beserta bukti yang mengatakan perkara ini tidak berlaku kerana menurutnya, jika ia berlaku, ia tidak boleh dipandang ringan.
"Apa pun jika benar, maka malang bagi masyarakat Malaysia di kala ekonomi Malaysia di ambang keresahan, di waktu ringgit menjunam, di waktu perlu pengukuhan ekonomi negara tiba-tiba keluar cerita seperti ini.
"Ia boleh menyebabkan pelabur rasa tidak senang dan orang ramai mula kurang keyakinan kepada kepimpinan negara.
"Saya harap tidak berlaku, harap ada penafian dengan bukti mengatakan ia tidak berlaku. Kalau berlaku juga, amat malang dan tidak boleh dipandang ringan," katanya.
Pada Jumaat, Najib telah menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Dalam laporan itu, WSJ mendakwadokumen menunjukkan dana tersebut dipindahkan ke agensi milik kerajaan dan kemudiannya ke akaun peribadi Perdana Menteri dalam beberapa deposit berasingan.
Sarawak Report pula pada Jumaat mendakwa, RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.
Kedua-dua WSJ dan Sarawak Reportmemetik dokumen yang kononnya diperoleh daripada siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan di akaun Facebook menyelar tindakan beberapa individu yang "menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi, memburukkan nama baik kerajaan dan menjatuhkan perdana menteri yang dipilih secara demokrasi."
Menurut kenyataan itu, dakwaan terbaharu ini merupakan sabotaj politik berterusan bertujuan memperdaya pihak media dan orang ramai dengan menggunakan dokumen yang telah dipinda.
Sehubungan itu, pihak media digesa memastikan kesahihan dokumen dengan merujuk kepada pihak bertanggungjawab untuk pengesahan.

No comments