Wanita Yang Kufur NIKMAT.... KAYA Harta Tapi MISKIN Budi Bahasa

Kelancangan sseorang wanita memuat naik status di Facebook telah dikecam natizen, Wanita itu  yang meluahkan perasaan tidak puas hati ketika berurusan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kemasik di facebooknya mungkin tidak menyangka bahawa dia akan didatangi wakil rakyat kawasan itu sendiri, Ir Rosli semalam.

Kunjungan itu bagaimanapun hanya disambut suami wanita berkenaan kerana beliau dikatakan tidak mahu keluar berjumpa Ir Rosli.

Menurut sumber, kunjungan Ir Rosli itu bertujuan bagi mendapatkan gambaran sebenar apakah isu yang menyebabkan wanita berkenaan tidak berpuas hati apabila menulis dengan bahasa yang agak keras di facebooknya.

“YB juga bawa bersama pegawai Pusat Khidmat DUN kerana mahukan masalah itu diselesaikan, namun hasrat itu sedikit terbantut kerana wanita berkenaan tidak keluar menemui YB dan pegawainya.

“Bagaimanapun suami wanita berkenaan telah memohon maaf kepada YB bagi pihak isterinya mengenai kejadian tersebut,” kata sumber itu.

Tindakan Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu telah mendapat pujian banyak pihak kerana beliau telah mengambil langkah segera dan berani dalam menangani masalah yang berlaku.


No comments

Powered by Blogger.