Mesir ::: MB Teganu Buat Apa Dengan Pesakit Jantung Belubang ini?

To' Puan Hajjah Halina Zakaria bersama anak-anak Terengganu yang tinggal
ibubapanya di Mesir
Dua Keluarga anak T'ganu di Mesir anak jantung berlubang, dua lagi masalah penglihatan mohon bantuan, dan ini apa MB lakukan…

http://terengganutimes.com/dua-keluarga-anak-tganu-di-mesir-anak-jantung-berlubang-dua-lagi-masalah-penglihatan-mohon-bantuan-dan-ini-apa-mb-lakukan

Semasa lawatan YAB Dato Seri Haji Ahmad Razif, Menteri Besar Terengganu ke Jordan dan Mesir bersama 991 orang pelajar Terengganu daripada kedua-dua tempat tersebut beliau telah menyampaikan bantuan zakat kepada semua pelajar yang hadir.

Dalam program tersebut terdapat dua keluarga anak Terengganu yang datang berjumpa beliau, keluarga pertama berjumpa dengannya memberitahu bahawa anaknya yang berusia dua tahun mempunyai penyakit kronik iaitu masalah jantung berlubang.

Ahmad Razif berkata ‘Saya kata tiada pilihan, suka tak suka, susah tak senang pun, kita kena bantu.. kerana dia susah, maka saya sudah minta pegawai saya bawa balik dia hantar ke IJN, terus saya minta di bantu anak kecil berusia 2 tahun ini’.

Paling tidak kita dapat menyenangkan hati Keluarganya…

“Tetapi mungkin bagi kita, kenapa kita perlu bantu budak ini, apa kena mengena kita dengan budak ini, mungkin itu yang kita rasa tetapi jika berlaku pada anak kita apa yang kita rasa…? pada masa itu kita terdesak & kita akan buat apa sahaja untuk kita menyelesaikan masalah”

Manakala bagi Keluarga kedua yang berjumpa dengan MB pula menyatakan bahawa dua anak mereka mempunyai masalah penglihatan.

MB telah membuat keputusan untuk membantu keluarga tersebut dan beliau telah mengarahkan kepada pegawai untuk membantu dua orang anak keluarga tersebut dengan memeriksa dengan mana-mana pakar di Mesir.

Beliau mengharapakan agar anak-anak tersebut terbela dan dapat mengharungi kehidupan seperti insan yang lain.

Walaupun ramai yang mengeji dan memfitnah beliau tetapi beliau tetap bersama rakyat, beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar dan istiqamah dalam menjaga kebajikan rakyat.

Slogan Kecil bagi kita, besar bagi rakyat adalah bertepatan dengan prinsip dirinya yang begitu peka dengan kehidupan rakyat seharian.

Dato Seri Ahmad Razif, semoga sentiasa di beri kekuatan dalam mentadbir negeri Terengganu.

Anak Terengganu di Mesir Jantung berlubang, bawa balik dia terus hantar IJN - Razif  https://www.youtube.com/watch?v=bk1cYf4fMsA&feature=youtu.be

No comments

Powered by Blogger.