Tahniah MB Terengganu Kerna Membuka Peluang Perniaga Kepada Rakyat Terengganu

10308239_10204781637214909_2228213347923677940_n
Kuala Terengganu : Semasa Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu berucap dihadapan kakitangan awam negeri dan persekutuan di Wisma Darul Iman disini telah mengariskan beberapa perkara untuk rakyat Terengganu.

Beliau turut menyatakan langkah – langkah baharu dalam mengisi Ekonomi Keperluan Rakyat (EKR) atau touch points di negeri Terengganu yang mana telah di terjemahkan didalam bajet 2015 dan juga 2016.

Menurut Ahmad Razif, menyedari beban dan tekanan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat ekoran meningkatnya kos sara hidup, maka saya ingin mencadangkan beberapa lagi program touch points dan diantaranya Program 1 Keluarga, 1 Usahawan.

“Program 1 Keluarga, 1 Usahawan diwujudkan dengan menggunakan peruntukan dalam Bajet Negeri 2016 yang disalurkan kepada Tabung Pembiayaan Usahawan (T‟Fund) dan di bawah Skim Pinjaman Khas Usahawan Desa”

“Program ini boleh menggalakkan setiap keluarga mempunyai bisnes atau perniagaan sendiri untuk menambah pendapatan mereka”

“Kerajaan akan mempermudahkan hasrat rakyat untuk berniaga dari rumah untuk menjalankan perniagaan kecil – kecilan dalam usaha mereka untuk menambah pendapatan sampingan untuk keluarga”, katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau mahu Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandaraya atau Majlis Daerah tidak mengambil tindakan terhadap peniaga yang meniaga di hadapan rumah mereka dalam tempoh 3 tahun, jika sudah melebihi 3 tahun meniaga bolehlah di fikirkan untuk di daftarkan perniagaan.

“Akan tetapi pastikan perniagaan ini, walaupun kecil, ianya tetap berdaftar dengan YPU atau Pihak Berkuasa dan ianya bersifat sementara”

“Bagi perniaga yang telah mendaftarkan perniagaan mereka dengan Yayasan Pembanguna Usahawan (YPU), pelbagai geran dan dana yang disediakan kerajaan untuk rakyat terus maju dalam perniagaan yang diceburi”,tambahnya.

-SuaraBumi|TerengganuTimes

No comments

Powered by Blogger.