Siti Mariah Kata Tak PAS Mahu Menang Hanya Mahu Keredhoan Allah Sahaja

“Kita keluar PAS bukan kerana bencikan Pas tetapi kerana Kepimpinan yang ada sekarang ini sudah jauh berbeza dengan yang dulu”

“Kepimpinan hari ini yang mahu berjuang untuk keredhoan Allah SWT sahaja dan bukan untuk menuju ke Putrajaya bersama pakatan rakyat dengan menyingkirkan kerajaan hari ini” katanya.

Ketua Wanita Parti Amanah Negara (PAN) YB Dr. Siti Mariah Mahmud berkata dalam ucapannya dalam ceramah PAN di Paka, Dungun Terengganu malam tadi.

Menurut Siti Mariah, PAS putuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) bukan kerana kita tidak sehaluan tetapi kerana PAS yang angkuh dan tidak mahu berbincang.

“Dalam pakatan rakyat yang lalu, kita sentiasa terbuka untuk membincangkan apa sahaja termasuk isu HUDUD”

“Bukan DAP yang menjadi masalah kepada PAS tetapi parti itu yang mempunyai masalah dengan menyatakan undi orang melayu Islam lari kerana PAS berkerjasama dengan DAP dalam pakatan rakyat”

“Dalam pakatan rakyat DAP tidak pernah ada perjanjian dengan PAS tentang HUDUD dan PKR terang-terangan tentang HUDUD mengapa tidak diputuskan hubungan dengan PKR sedang dengan DAP terus dibuat keputusan itu” katanya.

Selain itu, Siti Mariah juga berkata HUDUD yang dibawa oleh PAS itu terlalu banyak untuk pindaan dan ia perlu digubal banyak perkara dan dalam perlembagaan sekali pun.

“PAS terlalu gelojoh untuk membuat HUDUD dan di peringkat PAS pusat telah membincangkan perkara itu dengan panjang lebar dan cara perlaksanaannya sekali”

“Tiba-tiba di Kelantan PAS telah membawa kanun Hudud kedalam dewan rakyat dan dipersembahkan kepada speaker dewan sedangkan kami di pusat tidak tahu apa isi kandungan HUDUD itu”

“Didalam PAS sekarang ini terlalu banyak kerosakan yang berlaku dan disebabkan itu saya dan beberapa kawan profesional keluar PAS dan menubuhkan PAN”, ujurnya.


 |SuaraBumi|

No comments

Powered by Blogger.