Kebodohan Amzad Hashim Dalam Pelaburan Terengganu
RUPA-rupanya ramai yang berminat untuk mengetahui perkembangan pelaburan yang di terima di bumi Terengganu Darul Iman sejak kebelakangan ini.
Pelaburan yang datangnya dari luar negara agak besar masuk ke negeri Terengganu kerana keupayaan ekonomi dan peluang yang besar dilihat oleh pelabur asing terutamanya didalam bidang pembuatan, pelancongan dan juga perkhidmatan.
Yang terbaru MOU yang ditandatangani oleh kerajaan negari berkaitan Terengganu akan menjadi Hab Penyelenggaraan, Pembaikian dan Baik Pulih Pesawat Terbang di Rantau Asia Pasifik menjelang 2022, 5 tahun lagi.
MOU itu ditandatangani antara kerajaan negeri dengan kerjasama dengan syarikat swasta Admal Sdn. Bhd. untuk projek bernilai RM229 juta serta syarikat menyelenggara, membaiki dan baik pulih kapal terbang itu.
Oleh itu menurut sumber Unit Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu (UTENT), Kerajaan Negeri tidak meletakkan apa-apa pelaburan didalam projek berkenaan dan ianya adalah 100% pelaburan syarikat swasta.
Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri hanya memberi tanah dengan sejumlah bayaran premium untuk tapak projek dan bangunan lapang sasar juga dibuat penilaian serta dibayar oleh pelabur.
Kerajaan Negeri juga tidak terlibat dalam apa-apa pegangan saham dalam syarikat swasta berkenaan yang mana telah menjadi pertikaian oleh ketua penerangan PAS Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim didalam lidah rasmi PAS Terengganu semalam (25 Januari 2015).
Amzad yang terkenal dengan isu-isu pelaburan Terengganu juga membuat andaian sendiri untuk menarik perhatian rakyat berkaitan projek berkenaan sedangkan projek-projek yang dibawa masuk ke negeri ini akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu khasnya.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menggunakan kepelbagaian kepakaran anak-anak Terengganu bagi menjayakan apa yang telah digariskan didalam bengkel yang dijalankan selama 3 bulan sebelum ini.
Hasilnya, kerajaan negeri telah menerima pelaburan asing dan dalam negara yang jumlahnya berbillion ringgit sejak ianya dibuat kajian dengan secara menyeluruh.
No comments