Tarikh TUTUP Dana Raya 2016 Pada 21 Mei 2016
Permohonan secara online untuk pemohon baharu bagi Bantuan Perayaan Aidilfitri Tahun 2016 dibuka bermula pada 8 hingga 21 Mei 2016. Permohonan boleh dibuat di laman sesawang KLIK DISINI UNTUK MEMOHON.
Permohonan online bagi permohonan baru/tukar kategori. Bagi data lulus 2015 akan didaftarkan secara automatik ke dalam sistem 2016 untuk semakan J3K dan jawatankuasa penilai.
Permohonan bagi Dana Perayaan (Hari Raya Aidilfitri) telah dibuka bermula 8 Mei 2016 sehingga 21 Mei 2016.
Permohonan secara online ini dibuka kepada pemohon-pemohon berikut :-
Pemohon yang TIDAK PERNAH memohon bagi kedua-dua dana ini.
Pemohon yang GAGAL sahaja pada permohonan tahun 2015.
Pemohon yang BERTUKAR KATEGORI. (Contoh : Pemohon Bakti Remaja yang layak 2015 telah berkahwin yang ingin memohon Dana Perayaan, Isteri kematian suami dimana suami adalah pemohon layak 2015, Pemohon layak 2015 kategori Ibu Tunggal/Duda yang telah berkahwin, Pemohon yang telah mencapai usia 65 tahun bagi permohonan Warga Usia Emas dan lain-lain).
Bagi pemohon yang telah layak pada tahun 2014, TIDAK PERLU memohon KECUALI bagi mereka yang terlibat sebagaimana perkara 3 di atas.
Pemohon yang terlibat dengan perkara 3, perlu menghubungi Pejabat Daerah atau Penyelaras DUN untuk membatalkan permohonan bagi kategori terdahulu (2015). Setelah permohonan berjaya dibatalkan, pemohon hendaklah memohon semula secara online.
Pastikan jika selesai memohon secara online, pemohon diwajibkan cetak borang permohonan dan serahkan kepada Pengerusi JKKK sebelum 21 Mei 2016 bagi tujuan pengesahan dokumen.
Sila bawa salinan dokumen sebagaimana yang dinyatakan di dalam cetakan borang permohonan.
Bagi pemohon layak 2015, digalakkan membuat semakan melalui online.
Sila baca Syarat Kelayakan yang terdapat borang permohonan online sebelum memohon.
Kegagalan mengikuti syarat kelayakan boleh menyebabkan permohonan DITOLAK.
No comments