KPI PUTERI Menemui KEGAGALAN ???
Talian hayat ahli parlimen Masjid Tanah bakal
terputus jika KPI yang ditetapkan oleh parti tidak dapat dipenuhi dengan
matlamat dan target sebenar parti.
Kesibukan yang melanda Ketua Pergerakan Puteri
UMNO Malaysia, Dato’ Mas Ermieyati Samsudin sejak memegang Jawatan Timbalan
Menteri Perlancongan dan Kebudayaan
tidak sempat menguruskan Puteri UMNO sekarang ini.
Menurut sumber Gempur PU3 Malaysia, Mas Ermi
sendiri mengakui bahawa beliau tidak sempat untuk terus bersama puteri-puteri
seluruh Malaysia kerana kekanggan jawatan yang disandang sekarang ini.
Krisis yang telah berlaku di Terengganu dan
Perlis tidak dapat dikawal lagi sehinggakan beliau telah menggunakan khidmat
Setiausaha Politik PM dan TPM untuk menyelesaikannya.
Sekarang ini dimana kekuatan KPU3M itu dengan
masalah dalaman puteri sehinggakan SUTPOL PM dan TPM masuk campur dalam hal
puteri itu.
Kegagalan Mas Ermi untuk menguruskan PU3
Malaysia dan juga mencari dana untuk PU3 bergerak cukup mengambarkan bahawa
KPU3M itu tidak layak diberi jawatan sebegini lagi.
Menjadi KPU3M bukan sahaja menjaga PU3 Melaka
dan Masjid Tanah akan tetapi nasib PU3 seluruh negera perlu dibela dan
diperkukuhkan menjelang pilihanraya umum ke 14 (PRU14) nanti.
Diperingkat PU3 Perhubungan negeri-negeri boleh
dibilang dengan jari berapa kerapa KPU3M itu turun pada bersama akar umbi
seluruh Negara.
Kehebatan mantan ketua-ketua PU3 UMNO Malaysia
yang lalu diibaratkan langit dengan bumi dengan KPU3M sekarang ini yang GAGAL
membawa PU3 ke tempat yang sepatutnya.
Sumber : Gempur PU3 Malaysia
No comments