Wahid ENDUT : 5 Penggal Makan Duit HARAM - Marhean
Kenyataan itu dikeluar didalam sebuah portal milik parti itu hari ini dan membuat tuduhan melampau berbunyi “tidak ada sebarang perkara baru yang dibuat oleh Razif sejak beliau ‘rampas kuasa’ dari Ahmad Said,”.
Umum mengetahui Razif baru sahaja menjadi MB Terengganu selama 16 bulan dan Transformasi yang dibawa oleh beliau banyak telah dilakukan sehingga sekarang.
Sebelum Wahid melihat keburukan orang lain baik beliau melihat dirinya dahulu dengan dan sepanjang 5 penggal Wahid menjadi YB di Wakaf Mempelam apa khidmat bakti yang telah dilakukan oleh Wahid dikawasannya serta pernah menjadi exco kerajaan negeri pada tahun 1999-2004 yang lalu.
Apa pembangunan yang beliau telah dilakukan terhadap Wakaf Mempelam?
Apa yang rakyat Wakaf Mempelam dapat dari beliau selama ini? Selain beliau hanya menjaga kebajikan orang @ rakyat yang telah meninggal dunia(mati) sahaja dan kebajikan rakyat yang masih hidup tidak diambil kira akan kebajikannya .
Menurut sumber yang mahu dikenali sebagai Awang,55 dari Kampung Alur Binjai, selama hari ini beliau tidak pernah turun padang menjengguk rakyat walaupun kami yang berhampiran dengan rumahnya.
"Macam mana rakyat nak(hendak) memohon bantuan... sedangkan rumah beliau sentiasa bertutup rapat..."
"Kami yang memerlukan pertolongan saat kecemasan pun susah untuk bertemu muka dan hanya bantuan itu datang dari pihak yang mewakili kerajaan kerajaan selama ini"
"Contoh terbaru, satu kebakaran 4 buah rumah berlaku di Kampung Wakaf Mempelam (sebelah sekolah) baru-baru ini... APA yang Wahid bantu mangsa kebakaran tersebut yang rata-ratanya penyokong tegar beliau?"
"Dengan hanya bermodalkan air liur sahaja datang ziarah mangsa tanpa menghulurkan apa-apa bantuan?", katanya.
Menurutnya lagi, Yab MB sahaja yang datang memberi sinar baru kepada 7 keluarga yang terlibat dalam kebakaran itu.
“Syukur Alhamdulillah…. MB telah meluluskan pembinaan baru rumah PPR kepada mangsa…”
“Nak harapkan air liur Wahid maka merempatlah hidup mangsa kebakaran itu”, ujurnya.
Dalam sedar tak sedar Wahid Endut telah jadi YB Wakaf Mempelam sejak 4 mantan Menteri Besar Terengganu dan kini Razif yang ke 5 tetapi beliau masih dan tetap mencari kesalahan dan kekurangan dari pihak pemerintah hari ini.
Tetapi rakyat Wakaf Mempelam masih lagi menyimpan Adun seperti ini yang menjadi wakil rakyat umpama tunggul kayu hidup yang mula mereput itu, yang mana telah memakan hasil gaji haramnya dari kepercayaan rakyat mejoritinya yang susah dan mengharapkan bantuan kebajikan yang diperolehi seorang wakil rakyat..
Mungkin andaian rakyat ini Wahid ibarat dewa yang patut dipuja dan diangkat untuk membesarkan kantung sendiri tanpa melihat akan kedaifan serta kesusahan rakyat yang diwakilinya.
Wahid mempunyai naluri pembela semasa pilihanraya sahaja dimana semasa pru 13 yang lalu turun ke Markas PAS Gelugor Raja bagi menolong rakyat disitu dengan isu pengambilan tanah bagi tujuan pembangunan kawasan tersebut dan selepas itu sunyi tanpa berita dari Wahid sebagai adun kawasan itu.
Sampai ke hari ini beliau tidak pernah menjejakkan kaki beliau dikawasan itu dan jika adanya pilihan raya nanti barulah rakyat dapat bertemu mata dengannya.
Dari sudut pandang yang lebih kasar lagi, pengundi-pengundi PAS Wakaf Mempelam ini tidak mempunyai daya pemikiran yang baik (BODOH) kerana mengekalkan Wahid selama 5 penggal tanpa pembelaan kepada rakyat keseluruhannya.
No comments