Kerajaan PAS Kelantan Guna Cukai Arak?
Baru-baru ini selepas sidang dewan undangan
negeri terengganu penggal ke 2 yang berlangsung pada 8 September lalu, para
spinning macai PAS Terengganu telah memutar belit jawapan lisan dari Adun
Permaisuri.
Isu berkenaan penjualan arak di Pulau Bebas
Cukai Tasek Kenyir telah di manipulasi oleh portal dan juga ahli jumuk mereka
didalam facebook dan juga media sosial yang ada.
Arak
Bakal diNiaga di Kenyir…
Di negeri jiran, negeri Serambi Mekah yang
kononnya sebuah negeri BEBAS ARAK dan JUDI yang mana telah ditadbir urus oleh
PAS sejak 20 tahun yang lalu juga mengenakan cukai untuk modal pusingan
pengurusan negeri itu…
Kisahnya
bermula disini…..
Berjalan-jalan dan membeli belah ke Rantau
Panjang Kelantan, keseronokan bagi kami orang Terengganu.
Lagipun ia tidak jauh dari Kuala Terengganu,
apatah lagi kalau dari Besut yang mungkin hanya mengambil masa sejam lebih
sahaja untuk sampai ke sana melalui lebuhraya Timur-Barat bermula dari Jajahan
Pasir Putih Kelantan.
Kami sangkakan negeri Kelantan di bawah
pemerintahan Pas tiada jualan arak dan bahan-bahan yang diharamkan oleh Islam
kerana orang Pas negeri kami menyatakan di negeri Kelantan dilaksanakan
pemerintahan Islam dan tidak ada dijual benda-benda haram itu.
Apatah lagi pada masa yang sama, mereka
(pemimpin Pas) mempersoalkan langkah mengadakan Kedai Bebas Cukai di Tasik
Kenyir (satu-satunya tasik yang bakal mempunyai kedai bebas cukai) kerana
dikaitkan dengan kemungkinan berlaku jualan arak.
Walaupun kedai belum beroperasi lagi mereka
sudah mewar-warkan bahawa arak bakal di jual di Kedai Bebas Cukai, Tasik Kenyir
nanti sedangkan arak adalah haram di sisi Islam.
Jadi kami terkejutlah kenapa pula di
Kelantan, Kedai Bebas Cukai dijual arak dan kita boleh bebas membelinya tanpa
bertanyapun sama ada kita ini Islam atau bukan Islam.
Ada arak yang semurah RM32 sebotol hingga
yang berjenama mahal sehingga melebih RM2,000 sebotol dijual di Kedai Bebas
Cukai di Rantau Panjang Kelantan.
Seorang rakan terkejut kerana bukan sahaja
arak di jual di Kedai Bebas Cukai di negeri Kelantan yang didakwa oleh pemimpin
Pas tidak baik boleh menjual arak yang haram di sisi Islam itu.
Bahkan Ustaz Azhar Idrus seorang yang
sentiasa berceramah di pentas Pas, menyatakan sejak dulu lagi orang Islam tahu
minum arak itu dosa besar “kalau bo orang minum arak segelas dua dok besar
lagi, tetapi kerajaaan yang benarkan arak itu dijual itulah berdosa besar”.
Jadi sahabat penulis itu melahirkan rasa
terkejut dan tidak munasabah, macam mana di negeri Kelantan yang didakwa di
bawah pemerintahan Islam itu menjual arak secara bebas kepada sesiapa sahaja.
“Ingatkan bila pemimpin Pas Terengganu
mempersoalkan Kedai Bebas Cukai Tasik Kenyir akan jual arak, bermakna Kedai
Bebas Cukai di Negeri Kelantan di bawah kerajaan Pas yang didakwa memerintah
ikut Islam tiada jual arak,” kata beliau hairan.
Malah didapati pekerja Islam, termasuk di
kaunter yang menguruskan penjualan arak.
Demikianlah kisah benar bukan rekaan.
Jelaslah bermakna pemimpin Pas amatlah
mengamalkan dasar ‘hukum terpilih’- haram bagi orang Islam yang lain.
“Wahalalun kalau mereka sendiri lakukan,
warhamung kalau orang lain lakukan,” penulis tiba-tiba teringat kata-kata
Allahyarham Ustaz Shafie Daud dalam memperihalkan tentang sikap orang Pas.
No comments