BERAKHIR Sudah POLITIK Mad SAID - Kerusi Kijal '0' ?
Apa yang dimaksudkan dengan CAGAR oleh Mad Said?
Perjalanan politik Ahmad Said (Mad Said) di bumi Terengganu
cukup pantas berlalu dan pada 12 Mac 2015 yang lalu beliau mengumumkan keluar
dari UMNO dan berdiri bebas dikaki sendiri.
Dalam masa yang sama beliau adalah seorang Ketua UMNO
Bahagian Kemaman dan persidangan semalam juga bukti beliau Ketua Bahagian lagi.
ADAKAH masih SAH status Keahlian Beliau setelah beliau
mengumumkan keluar dari UMNO???
Cerita-cerita dalaman UMNO sendiri telah membuka pekungnya
dengan menyatakan semasa Pilihan Raya UMUM (PRU 13) lalu Mad Said sudah
merangcang satu permainan politik yang mana telah dijelmakan dengan 17-15
sekarang ini.
Kenyataan sumber ada menyebut nama calon yang dikeluarkan
oleh Presiden Parti dengan perkenan Tuanku Sultan TIDAK sama dengan nama yang
telah diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhunungan UMNO Negeri ketika itu yakni
Mantan Menteri Besar ke 13. abaikan….
Menurut beberapa sumber dalaman Kemaman sejak beliau
mengumumkan keluar dari UMNO rata-rata ahli UMNO Kemaman merasakan beliau bukan
lagi seorang pejuang yang tulen dan dibandingkan dengan Mantam MB Terengganu yang
ke 12 Dato’ Seri Idris Jusoh (Tok Yeh).
Sikap keterbukaan Tok Yeh membuat ahli-ahli UMNO bangga
dengan beliau dengan sikap sabar dengan PERJUANGAN dan kini menjadi Menteri
Kanan kerajaan dibawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Mod Najib Tun Razak.
Inilah dikatakan contoh seorang pejuang PARTI dan Bangsa
Melayu serta menyumbangkan idea-idea untuk membangunkan Agama, Bangsa dan Tanah
Air tercinta.
Perbezaan dua Mantam Menteri Besar Terengganu ini membuat
rakyat menilai sejauh mana keikhlasan mereka berjuang demi rakyat dibawahnya
dan nyata lagi terang Mad Said hanya mementingkan WANG Ringgit Sahaja demi kelangsungan menjaga kos hariannya.
Sampai hari ini dakwaan demi dakwaan yang dilemparkan oleh Mad Said akan tetapi satu pun beliau tidak
dedahkan kepada UMUM tentang dakwaannya itu atau membuat laporan kepas SPRM
dengan kesalahan guna kuasa pentadbiran hari ini.
Rakyat semakin bijak menilai dengan apa yang berlaku muktahir
ini dengan pergolakkan yang berlaku didalam UMNO, PAS, PKR dan DAP yang mana
mempunyai keahlian serta pengikut yang besar di Malaysia ini.
Berita perletakan jawatan Adun Kijal mula disebarkan semalam
dan pagi ini mula menjadi bual bicara di semua saluran media social terkini.
Warga netizen kecoh apabila tersebar momokkan hantu sake yang
berkeliaran mencari tuan yang berlegar di selatan negeri Terengganu.
Dato’ Seri Ahmad Said
atau lebih dikenali dengan panggilan Mad Said dikatakan bakal mengosongkan
kerusi Dun Kijal dan bakal diadakan PRK tidak lama lagi.
Hantu sake terus bermain di alam maya yang menyokong desas
desus perkara yang pelik akan berlaku pada September ini dan ia dikuatkan
dengan penyebaran berita Dun Kijal bakal dikosongkan.
Menurut sumber Mad Said dikatakan agak tertekan dengan isu
yang beliau sendiri sensasikan. Isu ‘Cagaran Minyak Terengganu’ yang telah
beliau manipulasikan sendiri.
Mad Said dikatakan tidak menjelaskan perkara sebenar disebalik
konotasi ‘cagaran’ tersebut. Beliau kelihatan cuba sembunyikan fakta sebenar
tentang ‘kertas cadangan’ yang telah ditolak dengan baik berhubung perkara
tersebut.
Wujud perbezaan ketara antara kertas cadangan yang
dipersetujui dan ditandatangani dengan cadangan yang ditolak.
Kenapa Mat Said cuba tonjolkan ‘cagaran’ dari sudut
perspektif yang keterlaluan seolah-olah cadangan ini berlaku melalui pintu yang
tidak sah?
Malah menurut Menteri Besar Terengganu YAB Ahmad Razif, pada
awalnya sebanyak RM1 juta dilaburkan kepada 1MDB sebagai pendahuluan tetapi
setelah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berasa kerajaan tidak mampu untuk
mengurus dan tidak mahu ada risiko, kerajaan menarik balik dan RM1 juta itu
dikembalikan.
“Maka tidak ada apa-apa kaitan antara TIA dengan 1MDB kerana
pada masa itu, TIA telah ditutup,”
Ahmad Razif turut menjelaskan “Terengganu menggunakan konsep
integriti dan saya mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk membuat laporan dan
bertindak mengikut saluran yang betul,”.
Kalau dilihat dari sikap keterbukaan Menteri Besar Terengganu
itu, kenapa sehingga sekarang Mad Said tidak tampil untuk membuat aduan rasmi
mengenai salah laku kertas cadangan tersebut?
Bersumpah atas nama Allah tentang wujudnya kertas cadangan
yang ditolak adalah yang sepatutnya Mat
Said lakukan dan bukannya sensasikan isi kandungan kertas cadangan yang tak
jadi.
Teringat mantan Menteri Besar sebelum Mad Said, Dato’ Seri
Idris Jusuh, walaupun pengunduran beliau juga menimbulkan rasa tidak senang di
kalangan ahli UMNO namun beliau telah tunjukkan tahap tertinggi jati diri
seorang pemimpin dan pejuang parti UMNO yang sebenar malah mampu meredakan
keadaan ketika itu.
Kesabaran beliau akhirnya Allah tunjukkan di mana beliau
sekarang. Bukannya mengaku pejuang tetapi bila tidak berjawatan maka segala
keburukan dihambur keluar walaupun ianya adalah rekayasa untuk membalas dendam.
Kata orang tua, kalau dah tak serasi maka berpisahlah…kalau
dah tak mampu bersama maka sebaiknya berundur dari menjadi duri dalam daging!
No comments