Ahmad Razif Sebagai Contoh Pemimpin Hari ini - Raja Kamarul Bahrin
Ahli Parlimen Kuala Terengganu(PAS), YBM Dato’ Raja Bahrin
Shah Raja Ahmad menyifatkan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd
Rahman seorang Menteri Besar yang baik dan terbuka pemikirannya.
Keterbukaan sikap dan pemikiran Ahmad Razif, bukan sahaja
disenangi dan dihargai oleh rakyat biasa, tetapi juga wakil pembangkang.
Dalam satu pertemuan dengan penulis sempena Rumah Terbuka
Aidilfitri di Noor Arfa Craft Complex Chendering beliau bersama Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Dato’ Raja Bahrin berkata, sebagai contohnya kesediaan Ahmad
Razif untuk mengembalikan semula warisan asal Pasar Kedai Payang adalah sesuatu
yang sungguh dihormati beliau.
Bahkan, kata Ahli Parlimen (Pas) Kuala Terengganu itu, Ahmad
Razif cukup baik sikapnya dengan mengambil kira pandangan rakyat akar umbi dengan
mengadakan bengkel khas untuk mencari suatu kaedah terbaik untuk penambahbaikan
Kedai Pasar Payang dengan mengekalkan tradisi dan warisan asalnya.
Sebenarnya pemimpin seperti inilah yang rakyat mahukan iaitu,
bersikap terbuka dan mendengar pandangan dan suara rakyat.
Beliau berharap Dato’ Seri Ahmad Razif meneruskan sifat dan
sikap seumpama itu.
Manakala dalam pergolakan yang sedang berlaku ini katanya,
beliau telah dihujani pelbagai panggilan dan juga whatapps serta mesej dengan
ugutan, makian dan cercaan terhadap beliau.
“Sepanjang saya berada dalam dunia politik ini, kali ini lah
yang paling teruk dan sebelum ini pelbagai runguta serta rayuan saya terima”
“kini setiap bende(perkara) itu adalah cacian sahaja”…..
“saya dapati diantara puncanya adalah keratan whatapps
perbualan saya dengan Setiausaha PAS Kuala Terengganu telah disebar luaskan di
media social hari ini”, katanya.
No comments