HUSAM Sedia Terima Debat Dimana Sahaja Kalau Cikgu Pa Berani

Bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa menyahut cabaran untuk berdebat secara terbuka dengan Pengarah Pilihan Raya PAS, Mustafa Ali, katanya dalam kenyataan media hari ini.
 
Husam juga setuju dengan Pemuda PAS Kelantan sebagai penganjur debat tersebut yang bertajuk Saya Tanya Anda Jawab.
 
Katanya, Mustafa boleh menentukan tarikh dan tajuk debat terbuka itu.
 
"Saya bersetuju untuk debat terbuka dengan siapa saja, termasuk Cik Gu Pa (Mustafa Ali). Sedikit sebanyak, adalah juga pengalaman saya berdebat lebih kurang.
 
"Berpeluang berdebat dengan guru politik sehebat beliau tentunya satu penghormatan pada saya," katanya.
 
Husam mengulangi, pertemuan PAS-Umno 2008 itu akan kekal dalam sejarah dan terpulang kepada pengundi Selangor menilaikannya.
 
Beliau menambah, arah perbincangan dalam perjumpaan 2008 itu berubah kerana perundingnya telah berjaya diubah.
 
Tetapi fakta adanya perundingan di saat tidak munasabah seperti itu akan kekal sampai bila-bila, katanya.
 
"Cadangan Cik Gu Pa untuk turut memanggil Khalid Samad dengan sendirinya membenarkan dakwaan saya adanya pertemuan itu, bukan menafikannya,"kata beliau.
 
Menurut Husam, mengenai pertanyaan Mustafa sama ada beliau menjadi alat DAP, Adun Salor itu bertanya kembali, adakah Cik Gu kini sedang menjadi alat Umno sekali lagi?
 
"Ada apa-apa ke Cik Gu telah dapat ? Sanggupkah Cik Gu menanggung akibat tidak berterus terang dengan ahli selama ini? Alat siapa Cik Gu?,"tanya Husam.
 
Mengenai cabaran Presiden PAS, Abdul Hadi Awang agar beliau bersumpah sendirian, bekas Exco kerajaan Kelantan itu berkata, beliau mengira ia adalah petanda kejayaannya.
 
Katanya, beliau tidak berniat memalukan Presiden tetapi hanya ingin menonjolkan satu fakta sepanjang perundingan belakang tabir antara PAS - Umno sejak Hadi  masih hidup lagi.
 
''Pada 2014, Presiden PAS (hadi) ada mencadangkan kerajaan PAS-Umno dibentuk di Selangor dengan tiga Adun PAS menyertai PAS,"katanya.
 
Menurut Husam lagi, berdasarkan kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS, Haron Din telah menunjukkan perundingan kerjasama antara PAS-Umno memang wujud.
 
Katanya, jadi atau tidak, belum pasti dan bentuknya belum muktamad.
 
Menurut Husam, sebagai ahli PAS beliau lebih menghargai ketelusan sebegini.
 
"Ia lebih mulia dari usaha belakang tabir yang boleh menimbulkan kekeliruan ahli parti. Ketiadaan info kepada setengah ahli menimbulkan perbalahan yang berlarutan.
 
"Mereka berpencak silat dengan mata tertutup kerana maklumatnya disembunyikan, tapi bunyi dan desirnya telah wujud sejak 2008,"tambah beliau.
 
Kata Husam, kerana itu mungkin sebabnya Islam melarang memperdaya pengikut. Memperdaya bermakna pengikut tidak diberi tahu arah sebenar mereka dibawa sehingga sampai satu waktu, mereka tidak lagi boleh berpatah balik.
 
Apa yang diperlukan PAS kini ialah ketelusan.
 
Katanya, sama ada bila kerjasama itu akan dimuktamadkan dan bentuknya, tentu bergantung kepada banyak faktor, seperti kata Mursyidul Am (Nik Aziz Nik Mat) termasuk faktor strategi masa dan keadaan.
 
Niatnya ada. Usahanya ada. Penafian dulu kini sudah meningkat menjadi pengakuan, sedikit demi sedikit seperti menyuntik ubat bius oleh doktor pakar.
 
Kini, terpulang kepada ahli Pas dan masyarakat awam menilai, membaca dan bertindak balas  dan PAS tidak boleh menghalang orang ramai membuat tafsiran sendiri, membuat bacaan politik dan bertindak balas sewajarnya.

No comments

Powered by Blogger.