SYAIFUL ANANG ANAK IKAN ZALI DERIH?


Sememangnya dekat dengan hati rakyat Terengganu dengan pelbagai bantuan dan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan negeri terus kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Namun begitu lain pula dengan Pemuda Armada parti Bunga Terengganu yang jelas kurang senang dan cemburu dengan slogan yang dilaungkan kepimpinan kerajaan Terengganu itu.

Pemuda Bunga hanya menyalak semata-mata dan tidak menyatakan fakta yang jelas mengenai jumlah penggangguran yang berlaku di Terengganu.

Masalah penggangguran juga bukan sahaja berlaku di Terengganu kerana situasai sama juga berlaku di negeri Selangor dan Penang yang dipimpin oleh Pakatan Pembangkang.

Dalam menangani isu tersebut, kerajaan negeri telah melancarkan JOBSTTB di bawah Program Transformasi Graduan Terengganu (TGTP) yang akan memberi peluang siswazah menjalani latihan industri di anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat swasta selama enam bulan dengan dibayar elaun RM1,000 setiap bulan.

Sementara itu kerajaan Terengganu juga menggalakkan sektor keusahawanan dengan pemberian insentif khas oleh agensi seperti Yaysasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Maidam, Mara dan banyak lagi yang membantu usahawan membuka perniagaan dan memperkembangkan perusahaan mereka dalam pelbagai jenis bidang yang disertai.

Selain itu kerajaan negeri telah menerima pelaburan pihak luar untuk jangka masa panjang melalui kerjasama MOU dengan syarikat swasta sekaligus membuka peluang pekerjaan untuk rakyat khusunya golongan muda.

Kerajaan negeri juga telah menjadikan sektor pelancongan sebagai bidang baharu yang mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan yang juga membuka lebih banyak peluang kerja untuk rakyat tanpa mengira umur.

Pemuda parti Bunga seharusnya menyelidik terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan yang mengarut dan tidak masuk akal.

Amat malu jika setakat ini sahaja taraf pemuda Bunga yang mempunyai latar belakang pelajaran tetapi pemikiran tin kosong yang hanya menunggu masa untuk ‘reboh tungging nyior’. Budak-budak ini perlu belajar lebih banyak sebelum terjun ke dalam bidang politik.

Jelas slogan Tranung Molek Doh  amat tepat dan menyeluruh kepada rakyat dan insyaallah negeri Terengganu akan terus berkembang maju mengikut acuan rakyat Terengganu sendiri.


Tranung Molek Doh  !

No comments

Powered by Blogger.