APA Kuasa Yang Saya Ada Untuk Pecat Ahmad SAID - ZABIDI
ZABIDI NAK PECAT AHMAD SAID?
Rasa lucu juga saya dengar ucapan Ketua Umno
Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said Sabtu lalu apabila beliau berkata,
"Razif nak pecat saya, Haji Pa nak pecat saya, Zabidi nak pecat
saya".
Sejak bila pula saya ada kuasa nak pecat Ahmad
Said dari Umno. Saya bukan Presiden Umno. Kalau Datuk Seri Najib Tun Razak beri
saya jadi Presiden Umno selama 1 hari, memang saya akan pecat Ahmad Said dari
Umno kerana membawa usul tidak percaya kepada
MB pada Mac lalu.
Ahmad Said sedar tak tindakan beliau membawa
usul undi tak percaya kepada MB BN satu kesalahan? Takkan beliau tidak tahu.
Jadi apa salahnya saya menulis dalam blog saya mencadangkan Umno memecat beliau
dari parti.
Terima kasih kepada Ahmad Said yang menyebut
nama saya. Hari itu blog saya meningkat hit kerana orang nak baca apa yang saya
tulis mengenai beliau dalam empat posting saya sepanjang bulan Julai. Beliau
telah mempromosi blog saya walaupun orang orangnya kata blog saya cap ayam.
Terima kasih kepada para penyokong beliau yang
tidak memboikot blog saya.Blog cap ayam ini yang dicari tiap hari untuk dibaca.
Mereka tunggu hari ini Zabidi tulis apa pulak.
Dalam ucapannya bekas MB itu juga menyebut
Zabidi orang ada penyakit. Penyakit apa pulak? Setahu saya, saya ada penyakit
TB sahaja. Takut bini. Hahaha. Macamlah beliau tidak ada penyakit. Banyak yang
saya boleh dedahkan penyakitnya dalam blog ini tetapi buat apa saya cerita hal
peribadinya. Tak baik aibkan peribadinya.
Dalam ucapannya di hadapan ahli ahli Umno di
majlis pecah tanah di Dusun Nyior, Chukai, ADUN Kijal itu pesan kepada orang
ramai supaya jangan beri pegawai khas MB, Haji Mustafa Abdul Rahman lalu di
hadapannya takut takut kena penamparnya.
Ahmad Said kata kelmarin anak perempuannya
menangis kerana Haji Pa hentamnya dalam Facebook. Yang anaknya hentam Haji Pa
tak apa pulak tuduh Haji Pa baham duit perarakan bot. Haji Pa bersumpah di
hadapan Kaabah tidak makan duit perarakan bot yang mana video itu diviralkan
dalam Facebook Haji Pa.
Orang-orang Ahmad Said menuduh saya diupah oleh
Haji Pa. Banyak mana Haji Pa beri duit kepada saya? Buktikan. Saya menulis
kerana sayang kepada Umno dan bukan kerana diupah oleh Haji Pa. Masa Ahmad Said
jadi MB, saya pertahankan beliau dalam blog saya kerana ketika itu beliau
adalah MB Terengganu.
kita kena
terima hakikat bahawa MB Terengganu sekarang ialah Ahmad Razif. Maka kita kena
sokong beliau. Datuk Seri Idris Jusoh redha dengan perlantikan Ahmad Said malah
beliau gentleman hadiri majlis serah tugas kepada Ahmad Said. Adakah Ahmad Said
hadiri majlis serah tugas kepada Ahmad Razif? Nampak sangat kita tidak
gentleman tidak dapat menerima qada dan qadar.
Jangan salahkan orang lain bila tidak disambung
semula jawatan MB. Salahkan diri sendiri kerana prestasi BN Terengganu merosot
17-15. Jika BN Terengganu menang besar, PM tentu tak marahi beliau. Selaku
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu beliau kena bertangungjawab dan
meletakkan jawatan sebagai MB selepas PRU 13.
Sebaliknya beliau diberi tempoh setahun oleh PM.
Jadi bukan abang MB, Azmi Abdul Rahman menjadi dalang seperti dituduh oleh
Ahmad Said. PM dah tak nak Ahmad Said dengan perjanjian bertulis selama setahun
kekalkannya sebagai MB. Dah tahu tempohnya berakhir pada Mei 2014, kenapa pergi
rancang majlis perkahwinan anaknya pada bulan tersebut.
Kenapa tak buat pada bulan April 2014 kecuali
ada niat lain. Tak ada sesiapa pun yang jatuhkannya kerana itu janji beliau
kepada PM. Azmi tak pernah pergi jumpa PM minta gugurkan Ahmad Said sebagai MB.
Takkan PM nak ikut cakap Azmi?
Takkan Ahmad Said lupa bahawa Azmi yang minta
adiknya ADUN Seberang Takir sebagai ADUN
pertama menyokong Ahmad Said ketika istana memilih beliau sebagai MB. Saya sms
kepada ADUN saya, Wan Hakim Wan Mokhtar supaya menyokong Ahmad Said tetapi Wan
Hakim jawab Idris Jusoh yang memilihnya sebagai calon BN dan bukannya Ahmad
Said.
Masa itu istana beri masa supaya Ahmad Said
bentuk kerajaan segera dengan menamakan Exco Exco dan kalau tak dapat beri nama
dalam masa yang ditetapkan, istana akan minta Dewan Undangan negeri dibubar
supaya pilihanraya baru diadakan. Kalau diadakan pilihanraya negeri sudah tentu
BN kalah 32-0.
Mujur Razif sebagai ADUN pertama yang sanggup
jadi Exco diikuti oleh beberapa orang lain untuk jadi Exco untuk bentuk kerajaan. Razif memang tanda
tangani borang akuan sumpah tanpa tarikh bersama Exco lain kerana nak cepat
persembahkan kepada istana. Yang tahu sahih atau tidak surat itu ialah Datuk
Zubir Embong dan Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
Selepas PRU13 setelah PM janji dengan Ahmad Said
untuk setahun sahaja, maka PM minta Setpolnya meneliti beberapa calon untuk
jadi pengganti Ahmad Said.Pihak istana juga meneliti beberapa calon.Razif
bebarapa kali dipanggil interbiu oleh pihak tertentu dalam tempoh satu tahun
itu.
Di zaman BN Terengganu kalah (1999-2004), empat
ADUN yang menang bertungkus lumus iaitu Tengku Putera, Datuk Rosol Wahid, Datuk
Rashid Ngah dan Datuk Abu Bakar Ali berjuang dalam Dewan Undangan Negeri
membongkar penyelewengan PAS sehingga rakyat hilang keyakinan kepada PAS. Azmi
sendiri adalah seorang pakar strategi Idris Jusoh dan beliau yang bongkar isu PAS beri balak
kepda gadis berumur 18 tahun melalui Rosol yang membangkitkannya dalam sidang
DUN. Ahmad Said yang kalah di Kijal tak pernah
datang ke sidang DUN untuk memberi semangat kepada empat orang ADUN BN.
Mengenai isu Terenganu Investment Authority
(TIA), bila pulak Najib minta cagarkan telaga minyak Terengganu. Bila TIA nak
mula melabur,dicadangkan TIA keluarkan bon kepada pelabur pelabur untuk
dapatkan modal pelaburan dan bon ini
dijamin dengan hasil royalti minyak seandainya pelaburan TIA tidak memberi
pulangan yang mencukupi untuk bayar faedah bon setiap tahun dan bayaran pokok.
Manalah Ahmad Said faham hal-hal modal pelaburan.
Ada orang sebar gambar saya dalam whatsapp grup
kononnya gambar saya telah diedit kerana orang marahi saya hentam Ahmad Said
dalam blog saya. Kawan saya forward gambar itu kepada saya (gambar di
bawah)saya ketawa kerana gambar itu saya buat sendiri untuk grup whatsapp saya.
Tapi ada kawan yang nakal dalam grup saya hantar gambar itu kepada grup lain
kononnya orang conteng gambar tersebut. Macam macam hal manusia.
No comments