Siti Mariah Kata Tak PAS Mahu Menang Hanya Mahu Keredhoan Allah Sahaja
“Kita keluar
PAS bukan kerana bencikan Pas tetapi kerana Kepimpinan yang ada sekarang ini
sudah jauh berbeza dengan yang dulu”
“Kepimpinan
hari ini yang mahu berjuang untuk keredhoan Allah SWT sahaja dan bukan untuk
menuju ke Putrajaya bersama pakatan rakyat dengan menyingkirkan kerajaan hari
ini” katanya.
Ketua Wanita
Parti Amanah Negara (PAN) YB Dr. Siti Mariah Mahmud berkata dalam ucapannya
dalam ceramah PAN di Paka, Dungun Terengganu malam tadi.
Menurut Siti
Mariah, PAS putuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic
Action Party (DAP) bukan kerana kita tidak sehaluan tetapi kerana PAS yang
angkuh dan tidak mahu berbincang.
“Dalam
pakatan rakyat yang lalu, kita sentiasa terbuka untuk membincangkan apa sahaja
termasuk isu HUDUD”
“Bukan DAP
yang menjadi masalah kepada PAS tetapi parti itu yang mempunyai masalah dengan
menyatakan undi orang melayu Islam lari kerana PAS berkerjasama dengan DAP
dalam pakatan rakyat”
“Dalam
pakatan rakyat DAP tidak pernah ada perjanjian dengan PAS tentang HUDUD dan PKR
terang-terangan tentang HUDUD mengapa tidak diputuskan hubungan dengan PKR
sedang dengan DAP terus dibuat keputusan itu” katanya.
Selain itu,
Siti Mariah juga berkata HUDUD yang dibawa oleh PAS itu terlalu banyak untuk
pindaan dan ia perlu digubal banyak perkara dan dalam perlembagaan sekali pun.
“PAS terlalu
gelojoh untuk membuat HUDUD dan di peringkat PAS pusat telah membincangkan
perkara itu dengan panjang lebar dan cara perlaksanaannya sekali”
“Tiba-tiba
di Kelantan PAS telah membawa kanun Hudud kedalam dewan rakyat dan
dipersembahkan kepada speaker dewan sedangkan kami di pusat tidak tahu apa isi
kandungan HUDUD itu”
“Didalam PAS
sekarang ini terlalu banyak kerosakan yang berlaku dan disebabkan itu saya dan
beberapa kawan profesional keluar PAS dan menubuhkan PAN”, ujurnya.
|SuaraBumi|
No comments