Warga Miskin Kecam Sikap Bodoo YB Pesuruhjaya PAS...

Berkenaan Pesuruhjaya Pas Terengganu mahu kerajaan negeri menghapuskan dana itu kepada warga miskin telah mendapat riaksi yang kurang baik.

Penulis sempat menemuramah beberapa orang yang berada disekitar bandar Kuala Terengganu petang ini.

Salah seorang orang Awang Mamat,60 tahun yang bekerja sebagai pemungut sampah dengan sebuah syarikat apabila diajukan cadangan itu lalu beliau berkata.

"YB Pas tu dok pernah rasa susoh macam saya.. begeluman dengan kotor setiap hari untuk beri makan ke anok bini"

"Dia dok apalah gaji berbelas ribu sebulan... kita hok gaji hari ning.. kalu sakit deman tak dok pitih nok makang"

"Dengan adanya bantuan kerajaan boleh lah tampung duit dapur dan makan minum.." katanya kepada penulis.

Dengan riaksi mukanya yang agak kegeraman lulu berkata lagi, "base Yb bodoo lagu tu, kerajaan teloh bantu rakyat patut sokong lah... bukan nok mapus kerakyat...."

Pesuruhjaya PAS Terengganu Mahu Kerajaan Negeri  Hentikan Dana Kepada Warga MISKIN

ADUN Paka (PAS) , YB Satiful Bahari Mamat mahu kerajaan negeri menghapuskan bantuan dana raya dan bakti remaja yang diagihkan kepada setiap warga miskin yang layak sejak 14 tahun lalu bermula pada tahun 2001 itu yang telah memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya hampir 300 ribu orang.

Golongan warga miskin yang berpendapatan RM 2000 dan ke bawah serta golongan remaja RM 1200 yang selama ini layak menerima dana itu dan ia mahu dinafikan oleh Adun PAS bahawa peruntukkan itu sebenarnya telah banyak membantu warga miskin dinegeri ini.

 Kerajaan Terengganu dibawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional telah banyak meringankan beban rakyat terutama kepada warga miskin apabila menjelang musim perayaan pada setiap tahun dengan adanya dana yang diperuntukkan itu.

Dalam perbahasan #BajetTerengganu2016 di dalam sidangan Dewan Undangan Negeri hari ini, beliau juga merupakan  Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu membahas usul berkenaan yang mana peruntukkan itu patut dihapuskan terus serta peruntukkan itu sebaik-baiknya  diagihkan kepada kakitangan kerajaan melalui tambahan bonus daripada RM500 yang diperuntukkan kepada sebulan setengah gaji sepertimana  yang dibuat di Selangor .

“Apa salahnya Dana Raya dan Dana Bakti Remaja itu diagihkan kepada kakitangan kerajaan dengan tambahan bonus kepada meraka dari RM 500 kepada sebulan setengah gaji”

“Ataupun peruntukkan itu patut disalurkan kepada pembangunan pendidikan sebagai hadiah kecemerlangan pelajar”

“ jika melibatkan fakir miskin pihak Maidam sudah agihkan zakat kepada mereka , jadi tidak perlu lagi Dana Raya , katanya.

Dalam pembentangan Bajet Terengganu 2016 isnin lalu oleh Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu, telah mengumumkan peruntukkan sebanyak Rm50 juta untuk bantuan Dana Raya manakala sebanyak  RM22 juta bantuan Dana Remaja di negeri ini.

Agihan Dana Raya itu memberi manfaat kepada 200,00 keluarga miskin  berpedapatan rendah dan Dana Remaja diagihkan kepada 100,00 remaja bujang  yang berumur 21 tahun sehingga 40 tahun.

Agihan Dana Raya saban tahun itu yang melibatkan  keluarga miskin menerima RM400 dan empat lagi kategori iaitu warga emas, Orang Kelainan Upaya(OKU), orang bujang berusia lebih 40 tahun dan ibu atau bapa tunggal menerima dana sebanyak RM300.

No comments

Powered by Blogger.