PAS Mahu MENIPU Lagi Dengan Lancar Tabung Dana Untuk ADIK HASIF- Anak Mangsa Lemas

Adik Mohd Hasif 
Seperti kebiasaannya Parti Islam Se-Malaysia (PIS) aka PAS memang menjuarai dalam mengambil kesempatan terhadap mangsa dan  kesengsaraan rakyat di Malaysia ini.

Sebelum-sebelum ini PAS sudah banyak menlancarkan tabung-tabung derma atau dana untuk membantu mangsa-mangsa yang telibat dengan bencana atau pun kemalangan jiwa.

Dua tahun kebelakangan ini PAS juga telah melancarkan tabung Dana bagi bencana banjir besar yang melanda Negara pada penghujung tahun lalu dan juga gempa bumi  di Sabah jun lepas.

Apa yang menduka citakan lagi sumbangan orang rama itu terus masuk kedalam akaun Parti PAS dan duit sumbangan orang ramai bercampur  aduk dengan duit sumbang yang lain.

Bagaimana penipuan ini terus berjalan dengan pelbagai tabung dana yang dilancarkan setiap kali musibah dan bencana yang menimpa rakyat khasnya.

Yang terbaru dengan kematian 5 beranak di Air terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu semalam juga PAS Terengganu melancarkan tabung dana bagi anak tunggal keluarga itu.

PAS Terengganu mengambil kesempatan diatas kemalangan jiwa yang melanda rakyat negeri ini tanpa belas kasihan yang kononnya dana itu akan disalurkan kepada anak Allahyarham Abdul Halim bin Samian dan Allahyarhamah Nurul Adila @ Salwati binti Awang iaitu ADIK MOHD HASIF.

Tabung Dana yang ditubuhkan dengan nama TABUNG KEBAJIKAN ADIK MOHD HASIF itu bagi mengaburi mata rakyat Terengganu yang semamang prihatin diata perkara yang berlaku ini.

Cukup-cukuplah PAS menipu rakyat lagi…… Mungkin tabung dana itu sudah mempunyai wang di dalamnya dan mungkin sumbangan orang ramai nanti akan membuat wang itu bercampur aduk dengan sumbangan yang lain.

Dan sebelum ini pun PAS tidak pernah berlaku adil dalan pengurusan dana tabung sumbangan dan tidak mendedahkan jumlah dan butiran wang keluar masuk dalam akaun sumbang itu selama ini.

Rakyat Malaysia dan Terengganu KHASnya diminta jangan TERTIPU dengan belas ehsan yang ditunjukkan PAS Terengganu terhadap adik Mohd Hasif dan diminta para penderma mencari Keluaraga terdekat adik Hasif itu sendiri dari menggelak PENIPUAN  BESAR-BESARAN PAS kali ini.

- Pena Biru Klasik





Dibawah ini adalah Tabung Belas Ehsan PAS Terengganu

إنا لله وإنا إليه راجعون

PAS Terengganu merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada semua keluarga serta saudara mara atas tragedi pilu yang menimpa  Allahyarham Abdul Halim bin Samian dan Allahyarhamah Nurul Adila @ Salwati binti Awang serta 3 orang mereka.

Diiringi doa semoga Allah menempatkan mereka semua di bawah limpahan rahmat dan keredhaanNYA.

Simpati kami yang tidak terhingga kepada anak yatim piatu Mohd Hasif bin Abdul Halim yang kehilangan ibu, ayah serta adik beradik dalam tragedi di Belukar Bukit pada pagi 19 Disember 2015.

Demi kebajikan Adik Mohd Hasif di mana keluarganya berasal dari Kuala Nerus, Terengganu, maka PAS Terengganu telah menubuhkan TABUNG KEBAJIKAN ADIK MOHD HASIF bagi mengumpulkan sumbangan untuk disalurkan bagi tujuan kebajikan dan masa depan anak yatim piatu ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun CIMB 13010000056101 atas nama DANA KEBAJIKAN TERENGGANU.

Semoga segala sumbangan yang dihulurkan akan diganjari Allah sebaiknya.

Sebarang maklumbalas berkaitan sila hubungi Ketua Lujnah Kebajikan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, 0199421964.

YB Ust Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu

20 Disember 2015

No comments

Powered by Blogger.