TSMY Akui KESAN |Buruk Berbalah Sesama PARTI

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Johor Bharu semalam membangkitkan beberapa perkara;

I) Orang Johor marah dengan UMNO baru hingga borang dibuang ke dalam longkang dan dibuat bungkus nasi lemak.

II) Cabaran kepada beliau sebagai MB Johor dan beliau mengambil tanggungjawab untuk tidak lari daripada masalah.

III) Berbalah sesama sendiri akan beri kesan buruk kepada rakyat Johor.

Kita tidak pasti semasa membuat kenyataan ini TSMY berada dalam keadaan mengantuk selepas makan mee jawa yang terlalu banyak atau berada dalam keadaan normal. Jika beliau berada dalam keadaan mengantuk, maka kita boleh katakan kenyataan itu dibuat dalam keadaan beliau mamai. Tetapi jika dibuat dalam keadaan normal, maka kenyataan itu wajar ditujukan kepada Tun Mahathir dan Ku Li.

Sebagaimana yang kita tahu krisis Team A dan Team B tahun 1987 antara Tun Mahathir dan Ku Li yang membawa kepada pengharaman UMNO sehingga tertubuhnya UMNO baru. Dan masih segar dalam ingatan kita pada tanggal 12 Oktober lepas bagaimana TSMY sendiri bersama-sama dengan kedua-dua orang tersebut dalam satu sidang media di Putrajaya. Itu bukan masalah Presiden UMNO ketika ini.

Sebagai Pengerusi UMNO Johor dan MB Johor ketika itu, TSMY mengambil tanggungjawab bagaimana untuk menyelesaikan kes itu supaya borang-borang UMNO tidak terus dijadikan pembungkus nasi lemak. Itulah cara yang betul dan sikap itu wajar dipuji. Jika ketika itu dengan kuasa yang terhad dan dengan jawatan yang lebih kecil berbanding dengan yang TSMY ada beberapa bulan lepas, TSMY boleh mengambil tanggungjawab untuk mengembalikan keyakinan orang kepada UMNO, kenapa pula sekarang tidak boleh ? Kenapa pula sekarang TSMY yang menjadi tukang kipas dan tukang bakar ? Kenapa pula memilih jalan untuk ‘main belakang’ presiden ?

Sebagai TPM dan Timbalan Presiden sepatutnya TSMY bersama-sama presiden dan majlis tertinggi menenangkan ahli-ahli parti. Apa yang terjadi sebaliknya. Kita tidak lupa ucapan TSMY di Janda Baik pada bulan Mei. Dan kita juga tidak lupa ucapan TSMY di Bahagian Cheras pada Julai. Itu yang dilakukan secara terbuka. Jika secara terbuka pun sudah begitu, maka tidak mustahil secara tertutup lebih lagi dan tidak mustahil juga ada gerakan-gerakan sulit lain yang dilakukan untuk tikam belakang presiden.

TSMY mengakui perbalahan sesama sendiri akan memberi kesan buruk kepada rakyat. TSMY sedar pun akan perkara tersebut. Tetapi apa yang TSMY lakukan sebelum ini dan sekarang bukankah menyemarakkan lagi api pergaduhan ?

Sebagai anak tok guru jika TSMY tidak malu kepada orang lain pun, TSMY patut malu kepada diri sendiri. Malu kerana perbuatan tidak sama seperti kata-kata yang dituturkan. Jika itu tidak boleh dilakukan jangan umum kepada orang ramai saya anak tok guru.

No comments

Powered by Blogger.