*PILIH UMNO DEMI KUASA MELAYU DAN ISLAM - HADI AWANG*


DALAM satu kenyataan sebelum ini, Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah menyatakan dengan jelas berkaitan pentadbiran kerajaan di negara ini yang mana kelayakkan itu hanya ada pada UMNO dan juga PAS.

Katanya, kuasa Melayu ada pada UMNO dan PAS sahaja, jika mana-mana parti hendak tadbir negara Malaysia ini dan rakyat perlu membuat pilihan sama ada UMNO ataupun PAS.

Justeru itu, kata Presiden PAS, pihaknya terbuka kepada mana-mana parti yang hendak bersama dengan parti itu, tetapi “syaratnya terima Islam.”

“Kuasa politik orang Melayu ada pada UMNO dan PAS sahaja" katanya.

Dinahari ini juga banyak kata-kata Hadi Awang tidaka diguna pakai oleh pimpinan PAS terutama di Terengganu sepertimana yang dilakukan bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu Saitiful Bahri Mamat.

Saitiful banyak menghentam kerajaan Melayu yang didokong oleh UMNO di Terengganu dengan pelbagai perkara yang dibangkit dan yang pastinya perkera-perkara tersebut tidak berasas.

Ada beberapa pemimpin PAS Terengganu yang tidak menghormati langsung dengan kata-kata presiden PAS sebelum ini, ia telah menunjukkan bahawa kata-kata Hadi tidak lagi dihormati dan dijulang seperti sediakala walaupun sudah ramai ditendang keluar menerusi muktamar PAS pada 2015 lalu.

Saki baki kepimpinan PAS yang ada kini juga sudah tidak sependapat dengan Hadi kerana banyak dari kalangan mereka bertunjangkan kepada keputusan yang dibauat timbalan presiden ketika ini dan tanda-tanda penyingkitan hadi sudah digerakan seawal mungkin.


PAS Terengganu wajar berhati-hati dengan pemimpin PAS yang ada kini dan mereka ini juga pro kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang sedang rancak merosakkan PAS dari dalam serta keputasan itu akan diterjemahkan dalam pilihanraya umum nanti.

No comments

Powered by Blogger.