*Hambali Sahkan PH Terengganu Bergolak*



Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Hambali Abdul Latif telah mengesahkan bahawa pakatan harapan Terengganu berada dalam masalah sendiri dengan perlantikan Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sebagai Pegerusi PH Terengganu.

Salam petikan artikel yang dimuat naik semalam dalam blog milik beliau sendiri (http://teganukini.blogspot.my) telah mengesahkan pergolakan itu berlaku kerana dari pandangan PPBM, pengerusi PH akan menjadi Menteri Besar (MB) jika menang PRU 14.

Rakyat perlu melihat apa yang berlaku dalam PH Terengganu hari ini dengan perebutan kerusi pengerusi PH telah menjadi besar dan masing-masing parti menyatakan mereka terbaik dari kalangan mereka.

Adakah rakyat sekali lagi mahu memperjudikan nasib sepertimana berlaku pada 1999 dahulu yang menjadikan Negeri Terengganu caca merba akibat ditadbir urus oleh parti islam yang rakus dengan nafsu serakah mereka.

Terbaru minggu lalu, KETUA BAHAGIAN... diulang lagi KETUA BAHAGIAN... KETUA BAHAGIAN PPBM Dungun telah meletak JAWATAN dan keluar parti itu dengan 250 orang ahlinya.

Dimana kuatnya PPBM Terengganu berbanding parti AMANAH sejak ditubuhkan TIADA satu pun keluar parti secara beramai-ramai.

Malangnya provokasi dari RCML@Othman Ismail itu telah berjaya sehinggakan  Hambali sendiri selaku setiausaha PPBM Terengganu membuat kenyataan rasmi di facebook dan juga blog miliknya.

Dalam kenyataan tersebut beliau turut menyatakan RCML itu gila dan menidakkan bahawa NGO  Desak itu hanya RCML sorang sahaja ahlinya.





No comments

Powered by Blogger.