Saturday, May 14, 2016

Periuk Tembaga 130 Tahun Merajuk - Che De

periuk tembaga

KUALA TERENGGANU – Pakar masakan traditional Terengganu di salah sebuah hotel terkemuka di sini mendakwa periuk tembaga yang diwarisinya mempunyai ‘perasaan’ seperti makluk yang bernyawa.

Menurut Chef Mohd Arifin Minggu, 48 periuk tembaga yang berusia hampir 130 tahun itu dikenali sebagai ‘periuk dua beradik’ dan merupakan warisan turun temurun keluarganya.

“Paling istimewa ialah periuk tembaga dua beradik yang berusia 130 tahun ini… bukan manusia sahaja yang pandai merajuk tapi periuk juga merajuk.

“Saya kalau masak dengan kuantiti yang banyak sentiasa guna periuk abang tapi kalau kuantiti sedikit saya guna periuk adik,” katanya ketika temubual eksklusif bersama SuaraTV baru-baru ini.


Mohd Arifin yang lebih mesra dengan panggilan Che De berkata, kejadian aneh itu bermula apabila ‘periuk abang’ secara tiba-tiba ‘merajuk’ apabila tidak digunakan.

“Ada satu kejadian saya apabila sering masak mengunakan periuk adik (dan tidak mengunakan periuk abang), satu hari apabila saya masak rendang mengunakan periuk abang masakan saya tiba-tiba menjadi hangit.

“Sedangkan api yang saya gunakan ketika memasak rendang itu sama seperti yang saya masak sebelum ini, paling mengejutkan apabila ia meninggalkan kerak yang tidak boleh ditanggalkan,” ujarnya pula.

Tidak cukup dengan itu, kerak masakan yang terlekat pada ‘periuk abang’ sangat sukar untuk dibersihkan sehingga beliau terpaksa mengunakan 7 biji limau nipis untuk ‘memujuknya’.

“Paling mengejutkan walaupun saya telah mencuba pelbagai cara seperti merendam periuk tersebut dengan air selama seminggu kerak hitam tersebut tetap tidak dapat ditanggalkan.

“Hingga pada satu hari saya mencucinya dengan 7 biji limau nipis barulah ia kembali bersih seperti sediakala,” katanya lagi. – SuaraTV

No comments:

Post a Comment