Tuesday, May 24, 2016

Dah Tak Lama, Tumpukan Kawasan Sendiri - Najib

Dalam lawatan kerja sehari Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ke Terengganu hari ini mendapat sambutan luar biasa dengan anggaran kehadiran keseluruhan program hampir 50,000 Rakyat Terengganu.

Ini dapat terjemahkan kekuatan Ahmad Razif cukup kuat menyatakan rakyat bersama beliau dan kepimpinan UMNO.

Dalam ucapan majlis tertutup Najib bersama semua kepimpinan UMNO negeri hari ini pula di Duyong Marina Resort jelas Najib bertegas agar semua kepimpinan UMNO dan Ketua-Ketua Jabatan yang hadir agar hentikan spekulasi siapa ganti MB, ini bermakna tiada lagi isu pertukaran Menteri Besar.

"Hentikan terus spekulasi siapa ganti MB, setiap bahagian perlu jaga bahagian masing-masing pastikan menang, jangan sibuk kawasan orang lain

Jangan ingat saya tidak tahu apa-apa yang berlaku di Terengganu" Najib Razak

Selain daripada itu Najib juga berpesan agar kepimpinan UMNO seluruh akar umbi daripada bawahan hingga peringkat atasan agar memberi sokongan penuh kepada Ahmad Razif sebagai MB untuk menerajui pentadbiran negeri dan UMNO Terengganu menghadapi PRU14.

Peringatan Najib ini seperti memberi satu pentanda bahawa kita makin hampir dengan PRU14, orang UMNO perlu sedar bahawa keadaan Terengganu bukan keadaan selesa.

Kedudukan kerusi 17 BN, 15 Pembangkang bukan situasi yang baik untuk ahli UMNO menebuk kapal yang sedang belayar, jangan sehingga yang di kejar tidak dapat yang di kendong berciciran.

Masa yang tinggal adalah membina perpaduan, bukan pertukaran atau gerakan Untuk mengulingkan pemimpin

UMNO Terengganu perlu mengambil iktibar PRN Serawak, bagaimana Team Adenan Satem yang membawa kejayaan yang besar kepada kemenangan BN Serawak, resepinya adalah Perpaduan, hanya satu nahkoda yang menerajui kapal.

Di Terengganu Barisan Nasional pernah kalah pada tahun 1999-2004 di kuasai oleh PAS ketika itu di sebabkan unsur-unsur sabotaj bukan kerana tiada kekuatan tetapi kerana pengkhianatan ahli UMNO sendiri.

Seperti sejarah akan mengulangi jika ahli UMNO masih tidak sedar di mana kedudukan UMNO Terengganu sekarang ini, Keadaan seperti segelintir ahli UMNO belum serik dengan sejarah yang berlaku di sebabkan agenda peribadi yang boleh menyebabkan UMNO keseluruhan yang akan rebah tersungkur.

Apa yang penting buat masa sekarang adalah semua kepimpinan UMNO perlu bersatu dan menambat hati rakyat agar memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional dan Kepimnan UMNO untuk terus bersama Rakyat pada PRU14 nanti.

Saturday, May 14, 2016

Periuk Tembaga 130 Tahun Merajuk - Che De

periuk tembaga

KUALA TERENGGANU – Pakar masakan traditional Terengganu di salah sebuah hotel terkemuka di sini mendakwa periuk tembaga yang diwarisinya mempunyai ‘perasaan’ seperti makluk yang bernyawa.

Menurut Chef Mohd Arifin Minggu, 48 periuk tembaga yang berusia hampir 130 tahun itu dikenali sebagai ‘periuk dua beradik’ dan merupakan warisan turun temurun keluarganya.

“Paling istimewa ialah periuk tembaga dua beradik yang berusia 130 tahun ini… bukan manusia sahaja yang pandai merajuk tapi periuk juga merajuk.

“Saya kalau masak dengan kuantiti yang banyak sentiasa guna periuk abang tapi kalau kuantiti sedikit saya guna periuk adik,” katanya ketika temubual eksklusif bersama SuaraTV baru-baru ini.

Mohd Arifin yang lebih mesra dengan panggilan Che De berkata, kejadian aneh itu bermula apabila ‘periuk abang’ secara tiba-tiba ‘merajuk’ apabila tidak digunakan.

“Ada satu kejadian saya apabila sering masak mengunakan periuk adik (dan tidak mengunakan periuk abang), satu hari apabila saya masak rendang mengunakan periuk abang masakan saya tiba-tiba menjadi hangit.

“Sedangkan api yang saya gunakan ketika memasak rendang itu sama seperti yang saya masak sebelum ini, paling mengejutkan apabila ia meninggalkan kerak yang tidak boleh ditanggalkan,” ujarnya pula.

Tidak cukup dengan itu, kerak masakan yang terlekat pada ‘periuk abang’ sangat sukar untuk dibersihkan sehingga beliau terpaksa mengunakan 7 biji limau nipis untuk ‘memujuknya’.

“Paling mengejutkan walaupun saya telah mencuba pelbagai cara seperti merendam periuk tersebut dengan air selama seminggu kerak hitam tersebut tetap tidak dapat ditanggalkan.

“Hingga pada satu hari saya mencucinya dengan 7 biji limau nipis barulah ia kembali bersih seperti sediakala,” katanya lagi. – SuaraTV

Wednesday, May 11, 2016

6 Foto : Musim Bunga Sakura di Kuala Terengganu

Kuala Terengganu : CANTIK dan tenang dilihat. Itulah ungkapan yang sering didengari oleh orang ramai setiap kali melihat fenomena musim bunga sakura di sekitar negeri ini.

Lebih dikenali sebagai pokok tabebuia, ia mula berbunga lebat selepas hampir sebulan disini yang dilanda musim kemarau.

Tumbuhan asli dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan itu menghasilkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu sejak April lalu.

Fenomena musim bunga sakura ini kebiasaannya berlaku selepas sesuatu negara dilanda musim kemarau atau kering yang panjang.

 Musim bunga yang berlaku antara bulan april mei dan jun setiap tahun menyengarkan mata memandang.

Tidak terlepas musim itu mewarnai jalan-jalan disekitar bandaraya ini dengan pelbagai warna pokok bunga sakura.

Di Jalan Haji Abdul Rahman Limbong, Kg Gong Tok Nasek, Jalan Teratak Desa Gong Baru dan Jalan Tok Adis Kuala Ibai turut diwarnai  dengan bungaan ketika ini.

Orang ramai yang melihat suasana tersebut tidak melepaskan untuk merakam gambar kenangan pada musim bunga kali ini kerana kesuburannya mengujakan para mereka yang melihat.

Sunday, May 8, 2016

Syarat-Syarat PEMOHONAN Bantuan Hari Raya (iDanaTTB) 2016 Kerajaan Negeri Terengganu

MAKLUMAT RINGKAS TENTANG PEMOHONAN BANTUAN  RAYA  2016 KERAJAAN NEGERI TERENGGANU -iDanaTTB

TARIKH PEMOHONAN DIBUKA    : 8 MEI 2016
TARIKH PEMOHONAN DITUTUP   : 21 MEI 2016

Permohonan secara online ini dibuka kepada pemohon-pemohon berikut :-

1.      Pemohon yang TIDAK PERNAH memohon bagi dana ini.

2.      Pemohon yang GAGAL sahaja pada permohonan tahun 2015 & yang LAYAK perlu membuat semakan serta PRINT(Cetak) borong berkenaan.

3.      Pemohon yang BERTUKAR KATEGORI.

·         (Contoh : Pemohon Bakti Remaja yang layak 2015 telah berkahwin yang ingin memohon Dana Perayaan,

·         Isteri kematian suami  dimana suami adalah pemohon layak 2015, Pemohon layak 2015

·         kategori Ibu Tunggal/Duda yang telah berkahwin,

·         Pemohon yang telah mencapai usia 65 tahun bagi permohonan Warga Usia Emas dan lain-lain).

4.      Bagi pemohon yang telah layak pada tahun 2015, TIDAK PERLU memohon KECUALI bagi mereka yang terlibat sebagaimana perkara 3 di atas.

5.      Pemohon yang terlibat dengan perkara 3(Tukar Kategori), perlu menghubungi Pejabat Daerah atau Penyelaras DUN untuk membatalkan permohonan bagi kategori terdahulu (2015).  Setelah permohonan berjaya dibatalkan, pemohon hendaklah memohon semula secara online.

6.      Pastikan jika selesai memohon secara online, pemohon diwajibkan cetak borang permohonan dan serahkan kepada Pengerusi JKKK sebelum 21 Mei 2016 bagi tujuan pengesahan dokumen.

7.      Sila bawa salinan dokumen sebagaimana yang dinyatakan di dalam cetakan borang permohonan.

8.      Bagi pemohon layak 2015, digalakkan membuat semakan melalui online dan CETAk BORANG Berkenaan untuk pengesahan JKKK.

9.      Sila baca Syarat Kelayakan yang terdapat borang permohonan online sebelum memohon.

10. Kegagalan mengikuti syarat kelayakan boleh menyebabkan permohonan DITOLAK.

Tarikh TUTUP Dana Raya 2016 Pada 21 Mei 2016

Permohonan secara online untuk pemohon baharu bagi Bantuan Perayaan Aidilfitri Tahun 2016 dibuka bermula pada 8 hingga 21 Mei 2016. Permohonan boleh dibuat di laman sesawang KLIK DISINI UNTUK MEMOHON.

Permohonan online bagi  permohonan baru/tukar kategori. Bagi data lulus 2015 akan didaftarkan secara automatik ke dalam sistem 2016 untuk semakan J3K dan jawatankuasa penilai.

Permohonan bagi Dana Perayaan (Hari Raya Aidilfitri) telah dibuka bermula 8 Mei 2016 sehingga 21 Mei 2016.

Permohonan secara online ini dibuka kepada pemohon-pemohon berikut :-

Pemohon yang TIDAK PERNAH memohon bagi kedua-dua dana ini.

Pemohon yang GAGAL sahaja pada permohonan tahun 2015.

Pemohon yang BERTUKAR KATEGORI. (Contoh : Pemohon Bakti Remaja yang layak 2015 telah berkahwin yang ingin memohon Dana Perayaan, Isteri kematian suami  dimana suami adalah pemohon layak 2015, Pemohon layak 2015 kategori Ibu Tunggal/Duda yang telah berkahwin, Pemohon yang telah mencapai usia 65 tahun bagi permohonan Warga Usia Emas dan lain-lain).

Bagi pemohon yang telah layak pada tahun 2014, TIDAK PERLU memohon KECUALI bagi mereka yang terlibat sebagaimana perkara 3 di atas.

Pemohon yang terlibat dengan perkara 3, perlu menghubungi Pejabat Daerah atau Penyelaras DUN untuk membatalkan permohonan bagi kategori terdahulu (2015).  Setelah permohonan berjaya dibatalkan, pemohon hendaklah memohon semula secara online.

Pastikan jika selesai memohon secara online, pemohon diwajibkan cetak borang permohonan dan serahkan kepada Pengerusi JKKK sebelum 21 Mei 2016 bagi tujuan pengesahan dokumen.

Sila bawa salinan dokumen sebagaimana yang dinyatakan di dalam cetakan borang permohonan.

Bagi pemohon layak 2015, digalakkan membuat semakan melalui online.

Sila baca Syarat Kelayakan yang terdapat borang permohonan online sebelum memohon.

Kegagalan mengikuti syarat kelayakan boleh menyebabkan permohonan DITOLAK.