Friday, March 11, 2016

Jangan Keterlaluan Hina Bekas MB, Tegas Puteri UMNO Dungun


DUNGUN 11 Mac - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Dungun hari ini melahirkan rasa kesal dan sedih di atas tindakan sesetengah pihak yang menghina bekas Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said secara keterlaluan.

Menurut Ketuanya, Arlina Rosli, tindakan ADUN Kijal yang membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman baru-baru ini perlu dilihat secara positif.

Katanya, tindakan mencaci dan memaki hamun Ahmad yang kini masih Ketua UMNO Bahagian Kemaman di media-media sosial menimbulkan suana bercelaru dalam politik Terengganu.

"Saya melihat tindakan Dato' Seri Ahmad Said ada positif dan kerajaan yang ada perlu membuat satu perubahan demi parti. Bagi yang benar-benar mengenali Dato' Seri Ahmad Said, kita dapat lihat beliau mahu kita sendiri berubah.

"Beliau ada jasa yang perlu kita ingat dan hargai. Saya rasa pandangan saya turut dipersetujui Ketua-Ketua Puteri yang lain termasuk Kemaman, Marang, Kuala Terengganu.

"Ini tidak bermakna kami di Dungun tidak sokong Dato' Seri Razif. Bukan begitu. Pucuk pimpinan kena baca isi hati pemimpin di akar umbi dengan tajam dan dalam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Mengenai isu pertukaran Ketua Puteri UMNO Negeri, Arlina enggan mengulas perkara tersebut.

"Tak apa lah. Tak nak komen. Sampai masa kita akan buat yang terbaik untuk parti," ujarnya.

- Copy dari Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment